Kemaskini : Khamis, 25 Julai 2024   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Portal Rasmi

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KUALA TERENGGANU (ILPKT)

JABATAN TENAGA MANUSIA

(KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA)

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Maklum Balas

Peta Laman

 

Aluan Pengarah


Slide 1

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Koridor Raya Multimedia bagi memperolehi faedah yang banyak daripada perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Alaf baru ini memperlihatkan negara-negara di dunia menjadi tanpa sempadan dan proses globalisasi turut mendorong kepada penyebaran maklumat berlandaskan ketelusan dan pengeluaran data yang bertepatan masa.

Laman web Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu telah diwujudkan bagi menyediakan maklumat kursus-kursus dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta maklumat lain yang berkaitan dengan institut ini. Maklumat-maklumat yang diberi juga sentiasa dikemaskini secara berterusan sepanjang masa apabila maklumat baru diperolehi.

Dengan adanya laman web ini, ia dijadikan wadah komunikasi kepada pengunjung dengan maklumat terkini di dalam perkara- perkara yang berhubung kait dengan Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu di samping memperolehi maklumbalas segera daripada pelanggan melalui Internet.

Saya mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan yang bernas daripada pengunjung laman web ini untuk membolehkan ILP Kuala Terengganu menjadi sebuah institut latihan kemahiran yang sentiasa unggul dan berdaya saing di masa yang akan datang.

Ts. Kamaludin Bin Tomiran
Pengarah ILP Kuala Terengganu

Shadow