Kemaskini : Khamis, 25 Julai 2024   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Portal Rasmi

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KUALA TERENGGANU (ILPKT)

JABATAN TENAGA MANUSIA

(KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA)

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Maklum Balas

Peta Laman

 

KURSUS SEPENUH MASA


PENGENALAN

1. Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu (ILPKT) ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara.
 
2. ILPKT menawarkan program peringkat Sijil & Diploma. Objektif utama ILPKT adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.
 
 
PENGAMBILAN PELAJAR
 
1. Pengambilan ke ILPKT dibuat dua (2) kali setahun (kemasukan Januari & Julai).
 
2. Permohonan ke ILPKT  bagi Sesi Januari dan Julai dibuka secara dalam talian (online) melalui laman web Permohonan Pengambilan Pelajar Baharu atau melalui laman UP_TVET Jom Masuk TVET
 
3. Permohonan yang tidak mendapat jawapan dua (2) bulan daripada tarikh permohonan ditutup dianggap tidak berjaya.
 
 
PILIHAN KURSUS & INSTITUT
 
1. Pemohon bebas memilih kursus dan institusi latihan mengikut syarat yang telah ditetapkan. Pemohon hanya boleh memohon satu kategori sahaja.
 
2. Bagi calon OKU, sila rujuk panduan kemasukan seperti berikut: Panduan Kemasukan Calon OKU.
 
 
SYARAT AM KEMASUKAN

 

LEPASAN SPM
LEPASAN SKM / ST
1. Warganegara Malaysia
 2. Berumur 17 hingga 35 tahun
 3. Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk Panduan Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SPM)
 3. Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk Panduan Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SKM/ST)
 4. Lulus dalan sesi temuduga yang dijalankan (kursus-kursus tertentu sahaja)
 4. Lulus dalan sesi temuduga yang dijalankan
 5. Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

 

LALUAN AKADEMIK & KEMAHIRAN

 
Peringkat Pengurusan
ALIRAN KERJAYAALIRAN AKADEMIKALIRAN KEMAHIRAN
Pengurusan &
Keusahawanan
Ijazah* DLKM Tahap 5
Penyeliaan
Pengetahuan
Gunaan
Diploma
* DKM Tahap 4
* SKM Tahap 3
Operasi
Kemahiran
Pekerjaan
Sijil
SKM Tahap 2
SKM Tahap 1
 
 
 

 

* SKM : Sijil Kemahiran Malaysia ; DKM : Diploma Kemahiran Malaysia ; DLKM : Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia
(Persijilan oleh Jabatan Kemahiran Malaysia (JPK)

 

KOMPOSISI LATIHAN

SIJIL
DIPLOMA
DIPLOMA LANJUTAN
Teori 30%
Amali 70% 
Teori 40%
Amali 60%
Teori 50%
Amali 50%

 

FASILITI & INFRASTRUKTUR

1.  Asrama
2. Dewan kuliah, makmal komputer & bengkel latihan
3. Kemudahan sukan & riadah
4. Kantin / Kafeteria
5. Perpustakaan

 

BAYARAN YURAN

1. Yuran Pengajian:

1.1.  Diploma & Diploma Lanjutan: RM3,000.00 setahun. (Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) boleh dipohon bagi yang layak)

1.2.  Sijil & Sijil Lanjutan: Percuma, kecuali pelajar tajaan.

2. Lain-lain bayaran yang dikenakan semasa hari pendaftaran (anggaran RM650-RM700 tertakluk kepada institut).

 

MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :

Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL)
Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu
Kawasan Perindustrian Gong Badak
21300 Kuala Nerus, Terengganu

09-665 2100      
09-666 0806