ADTEC JTM KAMPUS KUALA TERENGGANU, KWS PERINDUSTRIAN GONG BADAK 09-6652100 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Majlis Apresiasi Pelajar Sesi 1/2025

18 JUN 2025 | RABU
MAJLIS APRESIASI PELAJAR SESI 1/2025
Semua pelajar semester akhir ADTEC JTM Kampus Kuala Terengganu telah menghadiri Majlis Apresiasi Pelajar 1/2025 pada 17 Jun 2025 ( Selasa ) bertempat di Camelia Ballroom, Hotel Paya Bunga Kuala Terengganu.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan ucapan aluan daripada Penolong Pengarah unit BPPL Pn. Baizura Aini binti Mohd Azizi. Seterusnya majlis diteruskan lagi ucapan perasmian oleh Timbalan Pengarah Latihan Ts. Salmi bin Mat Salleh.
Senarai nama pelajar yang menerima pelajar terbaik setiap bengkel:
1. Shamir bin Mohd Safri
Sijil Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal
2. Muhamad Zarul Syahmi bin Abdullah
Sijil Teknologi Pembuatan (Pemesinan)
3. Muhammad Aliff Farhan bin Mohd Anua
Sijil Teknologi Pemasangan dan Paip Minyak dan Gas.
4. Muhammad Nuaim Eldin bin Edisya
Sijil Teknologi Binaan (Berasaskan Kayu)
5. Muhammad Adam Haris bin Abdullah
Sijil Teknologi Binaan (Paip dan Sanitari)
6. Muhammad Luqman bin Mohd Kamal
sijil Teknologi Binaan (Sivil dan Struktur)
7. Muhammad Adam bin Mohd Riduan
Sijil Teknologi Pendawaian Elektrik (Tiga Fasa)
8. Muhammad Hafizuddin bin Zunaidi
Sijil Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara
9. Afiq Danial bin Jamal Abd Nasir
Sijil Teknologi Komputer (Sistem)
10. Muhammad Alif Aiman bin Rusli
Diploma Teknologi Elektrik Kuasa.
Dan Anugerah Tokoh Pelajar sesi 1/2025 telah dinobatkan kepada Muhammad Adam Haris bin Abdullah daripada bengkel Sijil Teknologi Binaan (Paip dan Sanitari).
Tahniah kepada semua pelajar terpilih dan semoga menjadi inspirasi dan contoh kepada pelajar pelajar lain. Penyampaian sijil dan cenderahati telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Latihan Ts. Salmi bin Mat Salleh diiringi oleh Timbalan Pengarah Operasi Mohamad Shukri bin Ghani.
Tahniah juga kepada ahli jawatankuasa yang menjayakan majlis dengan jayanya.
"𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔"
"𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏,
𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏"
 


Penafian • Hak CiptaPrivasiAkses W3C Keselamatan
      Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1920 x 1080
Hakcipta terpelihara © Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu 2024
 

Pilih Bahasa