Pertandingan ACS Edu Tour Seasons 3 PUBG di ILP Kuala Terengganu

26 Jun 2024 - ILP Kuala Terengganu telah terpilih sebagai tapak Pertandingan ACS Edu Tour Seasons 3 dengan permainan PUBG. Pertandingan ini merupakan salah satu daripada siri pertandingan untuk mencari pemenang yang akan ke peringkat State Finals dan telah disertai oleh beberapa IPTA/IPTS sekitar Kuala Nerus. Peserta ILP Kuala Terengganu telah berjaya mendapat tempat pertama tempat kedua serta tempat ketiga dalam pertandingan kali ini dan bakal beraksi dalam State Finals yang dijangka akan diadakan pada bulan Oktober 2024. Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah bejaya.