Kemaskini : Ahad, 14 April 2024     This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
          
Portal Rasmi

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KUALA TERENGGANU (ILPKT)

JABATAN TENAGA MANUSIA

(KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA)

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Maklum Balas

Peta Laman

 

Soalan Lazim


Permohonan Kemasukan

Pada masa kini, berapakah bilangan ILJTM du seluruh negara yang beroperasi?

Pada masa kini terdapat 33 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia iaitu 8 ADTEC, 1 JMTI dan 24 ILP. Kesemuanya di bawah seliaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Dimanakah saya boleh membuat permohonan kemasukan dan bila?

Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai. Permohonan adalah secara Aplikasi Atas Talian (online) di Laman Web JTM (www.jtm.gov.my/permohonaniljtm) bagi sesi kemasukan Januari dan di Laman Web UPU, Jabatan Pengajian Tinggi (http://upu.mohe.gov.my) bagi sesi kemasukan Julai.

Adakah bidang kemahiran yang dijalankan ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran?

Ya, semua kursus yang dijalankan di ILJTM diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK - nama dulu MLVK) dan satu bonus tambahan kepada mereka yang mengikuti latihan di ILJTM dimana terdapat penambahan terhadap subjek - subjek yang diajar supaya pelajar berkenaan lebih bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan kelak.

Berapakah jangkamasa untuk mengikuti latihan tersebut?

Jangkamasa yang ditetapkan adalah antara 6 bulan hingga 3 tahun. Namun ia bergantung kepada program yang ingin diikuti samada sijil, diploma dan diploma lanjutan.

Berapakah had umur untuk mengikuti latihan di ILJTM?

JTM, pada dasarnya tidak menetapkan sebarang had umur untuk memboleh semua masyarakat untuk mengikuti latihan di ILJTM, sesuai dengan slogan pembelajaran sepanjang hayat. Namun demikian oleh kerana beberapa sebab tertentu seperti pemberian pinjaman dan sebagainya maka penetapan umur perlu di tetapkan iaitu antara 17 tahun hingga 35 tahun (bergantung kepada program yang ingin diikuti). Namun demikian, mereka yang tidak layak dengan had umur berkenaan masih boleh lagi mengikuti latihan dalam beberapa program seperti latihan jangka pendek yang ada ditawarkan di ILJTM.

Adakah lepasan ILJTM ini boleh melanjutkan pelajaran?

Ya, lepasan pelajar dari ILJTM berpeluang untuk meneruskan latihan mereka samada di ILJTM sendiri ataupun di institusi latihan lain yang menawarkan kursus berteraskan kemahiran.

Adakah kursus - kursus yang dijalankan menjamin pekerjaan?

Kesemua kursus - kursus yang dijalankan adalah berdasarkan kepada standard latihan yang ditetapkan oleh JPK. Kursus - kursus yang dijalankan juga sesuai untuk pekerjaan di sektor swasta (industri). Mengikut statistik kami, menunjukkan sejumlah 80 % dari lepasan ILJTM berjaya mendapatkan pekerjaan selepas 6 bulan tamat latihan dalam pelbagai sektor industri yang ada.

Apakah jenis kursus - kursus yang dijalankan di ILJTM?

ILJTM menawarkan pelbagai kursus kemahiran dalam pelbagai bidang antaranya Mekanikal & Pengeluaran, Elektrik & Elektronik, Teknologi Maklumat, Sivil & Bangunan, Percetakan dan Bukan Logam.

 

Persijilan & Pengiktirafan

Sekiranya saya masih belum menamatkan latihan atau saya berada pada semester akhir, bagaimana untuk saya mengetahui CGPA saya?

Semua keputusan boleh disemak melalui Unit Peperiksaan dan Persijilan Institut masing-masing.

Setelah saya menamatkan latihan, dimana dan bilakah saya boleh mengetahui keputusan akhir peperiksaan akhir?

Semua keputusan akhir yang telah disahkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan dan Persijilan (MJPP) boleh disemak melalui laman sesawang JTM iaitu www.jtm.gov.my/examiljtm. Keputusan ini kebiasaannya boleh diketahui dalam tempoh masa 1 bulan dari tarikh Mesyuarat.

Sepanjang tempoh masa latihan di ILJTM, adakah saya mempunyai kelayakan untuk menangguhkan program latihan saya?

Bermula pada kemasukan pelajar sesi Julai 2014, tempoh tangguh bagi program latihan bagi pelajar ILJTM adalah seperti berikut :

Program

Status Pelajar

Tempoh Tangguh

Sijil Juruteknik Perindustrian

Lepasan SPM

1 Semester

Sijil Teknologi

Lepasan SPM

2 Semester

Sijil Teknologi

Lepasan Tahap 2

1 Semester

Diploma Teknologi

Lepasan SPM

4 Semester

Diploma Teknologi

Lepasan SKM 3 / 4

2 Semester

Diploma Lanjutan Teknologi

Lepasan DKM

2 Semester

Adakah kursus-kursus yang ditawarkan di ILJTM ini mendapat pengiktirafan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)?

Ya, semua kursus yang ditawarkan di ILJTM mendapat pengiktirafan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Selain dari SKM/DKM/DLKM, apakah pengiktirafan lain saya perolehi setelah menamatkan pengajian dengan jayanya?

Selain daripada SKM/DKM/DLKM, pelajar-pelajar yang menamatkan pengajian di ILJTM dengan jayanya akan ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dengan Sijil Juruteknik Perindustrian (SJP)/Sijil Teknologi (ST)/Diploma Teknologi (DT)/Diploma Teknologi Kejuruteraan (DTK)/Diploma Lanjutan Teknologi (DLT) mengikut Kursus yang diikuti.

 

Kursus Jangka Pendek

Apakah jenis kursus yang ditawarkan di ILJTM?

Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) menawarkan kursus jangka pendek secara modular, customized dan persijilan professional secara separuh masa bagi meningkatkan kemahiran sedia ada pekerja industri serta mempromosikan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Sila rujuk Senarai Jangka Pendek ILJTM untuk lihat senarai kursus pendek yang ditawarkan pada tahun ini. Sekiranya kursus yang anda perlukan tidak tersenarai, sila hubungi Unit CESS di institut yang berkenaan untuk pertanyaan lanjut.

Apakah syarat untuk menjadi peserta kursus?

Warganegara Malaysia. Sihat tubuh badan. Boleh menulis serta membaca. Bagi kursus persijilan professional adalah tertakluk kepada pra syarat yang telah ditetapkan oleh Badan Persijilan dan syarat Institut.

Bagaimana dengan waktu pelaksanaan kursus?

Kursus Jangka Pendek ini kebiasaannya dijalankan pada hujung minggu atau selepas waktu bekerja. Namun begitu terdapat juga kursus yang dijalankan pada waktu bekerja bergantung kepada pihak Institut yang menawarkan kursus yang diambil.

Berapakah yuran yang dikenakan bagi setiap kursus?

Bayaran yuran kursus yang dikenakan untuk seseorang bagi satu-satu kursus adalah meliputi yuran penyertaan, nota, bahan guna habis, penyediaan makan minum serta yuran peperiksaan sekiranya ada. Sila hubungi penyelaras kursus yang berkenaan.

Apakah konsep pembelajaran bagi Kursus Jangka Pendek?

Pembelajaran kursus pendek adalah berpandukan konsep 'hands-on' di mana peserta mempunyai peluang untuk menjalankan kursus secara praktikal mengikut bidang kursus.

Apakah jenis sijil yang diberikan?

Peserta kursus akan diberikan Sijil Penyertaan setelah lengkap kursus. Bagi kursus professional, Sijil Profesional akan diberikan oleh Badan Profesional setelah lengkap syarat-syarat kursus tersebut.