Static Slide
Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia (ADTEC JTM) Kampus Kuala Terengganu (ADTECKT) merupakan salah satu daripada 33 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) yang dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. ILJTM ditubuhkan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan separuh mahir dengan menyediakan latihan vokasional di dalam bidang-bidang yang teknologi terkini dan sejajar dengan keperluan perkembangan teknologi industri di Malaysia.
ADTECKT merupakan sebuah pusat latihan yang berteraskan kemahiran kecemerlangan dan terulung di negeri Terengganu Darul Iman khasnya dan di Pantai Timur amnya. Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia (ADTEC JTM) Kampus Kuala Terengganu (ADTECKT) mula dibina pada bulan Februari, 1982 di kawasan seluas 13.49 hektar dalam Kawasan Perindustrian Gong Badak iaitu kira- kira 20 km dari bandar Kuala Terengganu. ADTECKT ini siap dibina mengikut jadual pada bulan Februari 1984 dan memulakan operasinya pada bulan Julai 1984 dalam enam (6) bidang teknikal.

