- Details
- Read Time: 1 min
- Hits: 276
05 Mac 2025 -Seramai 10 orang pegawai ILPKT ke Maecon Boat Service yang di Ketuai oleh Pengarah Ts. Muhamad Nasir bin Samat bagi rundingan kerjasama latihan berkaitan Teknologi Marin. Peluang ini di ambil untuk meninjau keadaan dalaman dan luaran bot yang telah dikenalpasti untuk dijadikan sebagai objek latihan seterusnya akan dibaikpulih sehingga boleh beroperasi sepenuhnya. Pemilik Bot En. Azlan telah memberi layanan yang baik dan kerjasama yang positif sepanjang lawatan berkenaan.
- Details
- Read Time: 1 min
- Hits: 289
27 Februari 2025 -Kemeriahan sambutan penduduk tempatan, kakitangan dan pelajar ILPKT sempena jualan harga murah program “Jualan Rahmah Madani”. ualan Rahmah Madani ini merupakan kali ke 5 diadakan di dalam ILPKT dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup.
- Details
- Read Time: 1 min
- Hits: 256
13 Februari 2025 -Pihak ILPKT dan seluruh warga kerja ILPKT merakamkan jutaan terima kasih kepada En. Mohamad Shamsul Rizal bin Rozak Timbalan Pengarah (Operasi) diatas sumbangan dan jasa bakti sepanjang berkhidmat dengan pihak ILPKT. Bermula 17 Februari 2025 beliau akan bertugas di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar, Melaka. Semoga selamat maju jaya di institut baharu .Segala jasa bakti yang dicurahkan akan kami kenang dan hargai.
- Details
- Read Time: 1 min
- Hits: 262
21 Januari 2025 -Tn Pengarah ILPKT Ts. Muhamad Nasir bin Samat bersama sama kakitangan mengikuti perhimpunan dan amanat tahun baharu 2025 Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia YBhg.Datuk Rospiagos bin Taha secara live di bilik mesyuarat utama ILPKT. Tahniah kepada ILP Selandar diatas memenangi Laman Web terbaik bagi tahun 2024.