Portal Rasmi
 KOLEJ TEKNOLOGI TERMAJU JABATAN TENAGA MANUSIA (ADTEC JTM)
 KAMPUS KUALA TERENGGANU (ADTECKT)
 Jabatan Tenaga Manusia
 (Kementerian Sumber Manusia) 
 
 

Lawatan Industri Pelajar TPPU Ke Syarikat Prihoda Dan Daikin Solution

27 November 2024 - Seramai 24 orang pelajar daripada kursus Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara (TPPU) diiringi 4 orang Pengajar membuat lawatan industri. Lawatan sambil belajar ke industri itu bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar TPPU mengenai situasi industri sebenar apabila tamat latihan pengajian nanti.