Kemaskini : Ahad, 14 April 2024     This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
          
Portal Rasmi

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KUALA TERENGGANU (ILPKT)

JABATAN TENAGA MANUSIA

(KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA)

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Maklum Balas

Peta Laman

 

Pengiktirafan

 

 

 

ILP Kuala Terengganu telah mendapat pengiktirafan persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) untuk kali ke empat (4) pada 30 September 2015.

 

 

JTM telah dianugerahkan Standard Piawai MS ISO 9001:2008 pada 24 Mac 2011.

No. Persijilan: AR 4409

Pengurusan Pemberian Perkhidmatan Latihan Kemahiran Teknikal.

16 Mei 2018 - Audit Pemantauan bagi perlaksanaan Sistem Kualiti JTM Versi MS ISO 9001:2015 telah diadakan di ILP Kuala Terengganu. Auditor SIRIM telah melakukan proses pemantauan kepatuhan dan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti bermula jam 10 pagi hingga 4 ptg.
Persijilan Kemahiran Malaysia dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran. Persijilan ini menawarkan lima (5) tahap persijilan iaitu :

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2      
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5

Pengiktirafan Akreditasi Diploma Teknologi Binaan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 10 Februari 2011.
PERSIJILAN JURUTEKNIK BERTAULIAH BAGI SEKTOR PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMANAN UDARA (CSTP-RACs)
 
Bumi kita dilindungi dari sinar Ultra Violet (UV) berbahaya matahari oleh lapisan ozon. Peningkatan penggunaan Chlorofluorocarbon (CFC) dan Hydrochlorofluorocarbon (HCFC) iaitu bahan yang terdapat didalam bahan pendingin di atmosfera telah menyebabkan penipisan lapisan ozon. Kesedaran dan kepentingan dalam mengendalikan bahan pendingin adalah amat penting dalam penjagaan lapisan ozon.
 
Program Persijilan Juruteknik Bertauliah Bagi Sektor Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (CSTP-RACs)
 
1. Impak refrigeran kepada alam sekeliling & kesihatan
2. Alternatif HCFC dan sifat-sifatnya
3. Perolehan refrigeran, kitar semula, tebusguna & silinder
4. Pengendalian dan menservis penyaman udara HCFC, HFC dan HC
5. Amalan baik dan langkah keselamatan
6. Pencemaran refrigeran dan alat pengesan refrigeran
7. Faedah iklim dalm memaksimakan amalan sektor servis
 
Sijil pentauliahan RACs akan dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar sekiranya peserta LULUS dalam Ujian Teori dan Praktikal.