21 Oktober 2024 - Pada hari ini, YB Steven Sim Chee Keong, Menteri KESUMA sempat meluangkan masa dengan mengadakan lawatan mesra bersama warga kerja KESUMA di Terengganu. Program ini bertujuan merapatkan hubungan antara pimpinan KESUMA dengan kakitangan di negeri tersebut, selain mendengar secara langsung pandangan dan cadangan dari warga kerja KESUMA. Dalam sesi tersebut, YB Menteri menekankan kepentingan kerjasama dan komitmen dalam memastikan misi KESUMA mencapai kejayaan, serta memberi sokongan moral kepada kakitangan untuk terus berkhidmat dengan cemerlang. Warga kerja KESUMA di Terengganu menyambut baik kunjungan ini, yang dilihat sebagai tanda penghargaan atas usaha dan dedikasi mereka. Lawatan ini diakhiri dengan sesi bergambar dan ramah mesra antara YB Menteri dan warga kerja KESUMA.
Berita Semasa |
- Lawatan Penandaarasan Asrama IKBN Bachok Kelantan
- WorldSkills ASEAN 2025 (Bidang Plumbing & Heating)
- Memorandum Kerjasama Antara ADTEC JTM Kuala Terengganu Dan IME Trading
- Asean TVET Friendly Match 2025
- Majlis Apresiasi Pelajar Sesi 1/2025
- Taklimat Kerjaya Pelajar Semester Akhir Sesi 1/2025
- Lawatan Penandaarasan Kolej Komuniti Jelebu
- Kursus Solidworks Simulation Certification Profesional
- Lawatan Ke Maecon Boat Enterprise
- Program Jualan Rahmah Madani Bergerak Peringkat Negeri Terengganu

