07 November 2024 - Seramai 9 pegawai dari ILP Kuala Terengganu yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Latihan, Ts. Salmi bin Mat Salleh telah berkunjung ke Maecon Boat Enterprise Kg. Pantai Hujung Tanjung, Marang, Terengganu bagi menjalinkan kerjasama dalam industri Maritim. Wakil dari ILP Marang, En. Akmal, Ketua Jabatan Mekanikal juga menyertai program lawatan ini. Pengurus Maecon Boat Enterprise, En. Azlan menyantuni rombongan kami dengan penerangan operasi syarikat dan membawa meninjau ke beberapa buah bot bagi melihat lebih dekat keadaan dalaman dan luaran bot kepunyaanya. Peluang ini juga diambil bagi membincangkan bentuk kerjasama antara ILP Kuala Terengganu dan ILP Marang dengan Syarikat Maecon Boat Enterprise. Perancangan bagi membincangkan proses bentuk kerjasama akan diteruskan dari masa ke semasa.
Berita Semasa |
- Lawatan Penandaarasan Asrama IKBN Bachok Kelantan
- WorldSkills ASEAN 2025 (Bidang Plumbing & Heating)
- Memorandum Kerjasama Antara ADTEC JTM Kuala Terengganu Dan IME Trading
- Asean TVET Friendly Match 2025
- Majlis Apresiasi Pelajar Sesi 1/2025
- Taklimat Kerjaya Pelajar Semester Akhir Sesi 1/2025
- Lawatan Penandaarasan Kolej Komuniti Jelebu
- Kursus Solidworks Simulation Certification Profesional
- Lawatan Ke Maecon Boat Enterprise
- Program Jualan Rahmah Madani Bergerak Peringkat Negeri Terengganu

