11 Mac 2024 - Syarikat Spree Furniture & Decoration yang terletak di Kawasan Perindustrian Gong Badak adalah sebuah Industri yang mengeluarkan produk kayu untuk pasaran tempatan.
Lawatan Industri ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang Teknologi Binaan (Berasaskan Kayu). Di antara kerjasama yang telah dibincang ialah penempatan pelajar dalam latihan industri, Latihan Sangkutan Industri untuk Pengajar serta pelaksanaan KJP kepada pekerja Syarikat dan juga perkongsian kepakaran dan teknologi terkini dalam bidang ini.
Lawatan ini diketuai oleh Ts. Kamaludin bin Tomiran, Pengarah ILP Kuala Terengganu dan disambut oleh En. Wan Bilal, Pengurus Spree Furniture & Decoration.
Berita Semasa
- Lawatan Penandaarasan Asrama IKBN Bachok Kelantan
- WorldSkills ASEAN 2025 (Bidang Plumbing & Heating)
- Memorandum Kerjasama Antara ADTEC JTM Kuala Terengganu Dan IME Trading
- Asean TVET Friendly Match 2025
- Majlis Apresiasi Pelajar Sesi 1/2025
- Taklimat Kerjaya Pelajar Semester Akhir Sesi 1/2025
- Lawatan Penandaarasan Kolej Komuniti Jelebu
- Kursus Solidworks Simulation Certification Profesional
- Lawatan Ke Maecon Boat Enterprise
- Program Jualan Rahmah Madani Bergerak Peringkat Negeri Terengganu

