|
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan mengalu-alukan kedatangan anda sekelian ke laman web rasmi Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu, Kerajaan telah memperkenalkan Koridor Raya Multimedia bagi memperolehi faedah daripada perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Alaf baru ini memperlihatkan negara-negara di dunia menjadi tanpa sempadan dan proses globalisasi turut mendorong kepada penyebaran maklumat berlandaskan ketelusan dan pengeluaran data yang bertepatan masa.
Laman web Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu telah diwujudkan bagi menyediakan maklumat kursus-kursus dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta maklumat lain yang berkaitan dengan institut ini. Maklumat-maklumat yang diberi juga sentiasa dikemaskini secara berterusan sepanjang masa apabila maklumat baru diperolehi.
Dengan adanya laman web ini, ia dijadikan wadah komunikasi kepada pengunjung dengan maklumat terkini di dalam perkara-perkara yang berhubung kait dengan Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu disamping memperolehi maklumbalas segera daripada pelanggan melalui internet.
Saya mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan yang bernas daripada pengunjung laman web ini untuk membolehkan ILPKT menjadi sebuah institut latihan kemahiran yang sentiasa unggul dan berdaya saing di masa yang akan datang.
Sekian, terima kasih.
ABDUL HALIM BIN ABD. RAHMAN AMP Pengarah ILP Kuala Terengganu
|
|
|
|
Kursus Sepenuh Masa
Polisi Latihan ILJTM
CESS
e-Perkhidmatan
Perutusan





Perutusan