Utama Panduan
Panduan Kemasukan

PENGENALAN

 

Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. ILJTM terdiri daripada dua puluh dua (22) buah Institut Latihan Perindustrian (ILP), empat (4) buah Pusat latihan teknologi Tinggi (ADTEC) dan sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTi). ILP menawarkan program peringkat sijil, sementara ADTEC dan JMTi menawarkan program peringkat Diploma. dan Diploma Lanjutan. Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.

 

2. PENGAMBILAN PELAJAR

 

Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Bulan Julai setiap tahun. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di laman web Jabatan Tenaga Manusia (http://www.jtm.gov.my/online). Setiap permohonan perlu merujuk kepada iklan yang disiarkan.

 

3. PILIHAN INSTITUT & KURSUS

 

Setiap pemohon bebas memilih institusi latihan, namun demikian tiga jenis (3) kursus yang dipohon mestilah ditawarkan oleh institut tersebut. Pemilihan kursus hendaklah mengikut kelayakan yang telah ditetapkan.

 

4. FASILITI

 

JTM menyediakan pelbagai kemudahan di setiap Institusi latihannya; seperti kemudahan asrama, makanan, dewan kuliah, makmal, bengkel latihan, kemudahan sukan & riadah, kantin, makmal komputer, perpustakaan dan sebagainya.

 

5. CAJ

 

a) Yuran Pengajian:
     i) Diploma: Bergantung kepada kursus yang dipohon. (Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran boleh dipohon bagi yang layak)
     ii) Sijil: Percuma, kecuali pelajar tajaan.


b) Lain-lain bayaran yang dikenakan semasa hari pendaftaran (anggaran RM400-RM500 tertakluk kepada institut-institut).

 

6. MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk maklumat secara lengkap, klik dibawah ( Dokumen dibawah menggunakan Perisian Acrobat Reader, sila muat turun perisian dahulu sebelum anda dapat melayarinya);

Peta Laman | Soalan Lazim | Panduan | Hubungi Kami

Tarikh Akhir Kemaskini: 22 Mac 2010
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox 3.5 dan Internet Explorer 8 dengan resolusi 1024 X 768
.

Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Hakcipta
Hakcipta © 2009 Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu. Semua Hakcipta Terpelihara.