Utama Soalan Lazim
FAQ

 Soalan Lazim

 

SOALAN 1

Apakah kursus-kursus yang ditawarkan oleh ILP Kuala Terengganu?

  • Mekanik Industri.
  • Pemesinan Am.
  • Pemasangan Paip Gas.
  • Jurueletrik.
  • Penyejukbekuan & Penyamanan Udara.
  • Penjaga Jentera Elektrik (AO).
  • Teknologi Komputer (Sistem).
  • Teknologi Binaan (Bangunan).
  • Teknologi Binaan (Berasaskan Kayu).
  • Teknologi Binaan (Paip Sanitari).
  • Diploma Teknologi Binaan

 

SOALAN 2

Apakah kemudahan yang disediakan untuk pelajar dan bagaimana dengan penempatan pelajar?

Bagi kemudahan latihan, Perpustakaan disediakan untuk pelajar semasa waktu bekerja. Di setiap jabatan terdapat bengkel dan makmal yang dilengkapi dengan mesin dan peralatan untuk kegunaan latihan. Selain dari itu kami juga menyediakan Dewan Kuliah dan Dewan Besar untuk digunakan bagi sebarang aktiviti yang dianjurkan. Pihak institut menyediakan kemudahan asrama dengan percuma kepada semua pelajar ILP. Asrama kami boleh memuatkan 600 penghuni dalam satu masa.  Di asrama pula terdapat Dewan Makan, Surau dan kemudahan Sukan untuk keselesaan pelajar. Makanan dan minuman dihidangkan 5 kali sehari untuk penghuni asrama secara percuma.

 

SOALAN 3

Adakah sijil lulusan ILP di iktiraf oleh kerajaan Malaysia?

Sijil yang dikeluarkan oleh ILP diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Sistem Pentauliahan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Kebanyakan lulusan ILP tidak sukar untuk memperolehi peluang pekerjaan di pelbagai sektor.

 

SOALAN 4

Di manakah saya boleh menyambung pelajaran saya selepas tamat latihan di ILP?

Anda boleh menyambung pelajaran ke institusi Latihan Kemahiran sama ada di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Belia dan Sukan dan MARA. Antara institut di bawah JTM ialah Japan-Malaysia Technical Institute (JMTI), dan Advanced Technology Centre (ADTEC). Institut berkenaan menawarkan latihan hingga keperingkat Diploma. Lain-lain institut ialah seperti Malaysian-France Institute (MFI), German Malaysian Institute (GMI), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan lain-lain institusi yang menawarkan Diploma kemahiran.

 

SOALAN 5

Berapakah bilangan ILP yang terdapat di Malaysia?

Terdapat 21 buah ILP di seluruh Malaysia yang diletakkan di bawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia iaitu :

  • Kuala Lumpur
  • Kuala Langat
  • Ipoh
  • Selandar
  • Bukit Katil
  • Pedas
  • Mersing
  • Pasir Gudang
  • Muar
  • Kepala Batas
  • Nibong Tebal
  • Kangar
  • Jitra
  • Kuantan
  • Kuala Terengganu
  • Kota Bharu
  • Labuan
  • Kota Kinabalu
  • Sandakan
  • Miri
  • Kota Samarahan

Selain itu, Jabatan Tenaga Manusia juga menyediakan pusat latihan seperti Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) di Bukit Minyak, Seberang Perai. Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) di Shah Alam, Selangor dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) terdapat di Johor, Melaka, Selangor dan Kedah. Di institusi ini pelajar juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Diploma dan Ijazah.

Peta Laman | Soalan Lazim | Panduan | Hubungi Kami

Tarikh Akhir Kemaskini: 22 Mac 2010
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox 3.5 dan Internet Explorer 8 dengan resolusi 1024 X 768
.

Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Hakcipta
Hakcipta © 2009 Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu. Semua Hakcipta Terpelihara.