Malay English

Kemaskini Terakhir Monday, 18th Dec

11:06:29 PM GMT

Latar Belakang

  • PDF

alt

Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu, Terengganu (ILPKT) merupakan salah satu daripada 32 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) yang dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.

ILJTM ditubuhkan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan separuh mahir dengan menyediakan latihan vokasional di dalam bidang-bidang yang teknologi terkini dan sejajar dengan keperluan perkembangan teknologi industri di Malaysia. ILPKT merupakan sebuah pusat latihan yang berteraskan kemahiran kecemerlangan dan terulung di negeri Terengganu Darul Iman khasnya dan di Pantai Timur amnya.

Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu mula dibina pada bulan Februari, 1982 di kawasan seluas 13.49 Hektar dalam Kawasan Perindustrian Gong Badak iaitu kira- kira 20 KM dari bandar Kuala Terengganu. ILP ini siap dibina mengikut jadual pada bulan Februari, 1984 dan memulakan operasinya pada bulan Julai 1984 dalam enam (6) bidang teknikal.

Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu
Kawasan Perindustrian Gong Badak
21300 Kuala Terengganu, Terengganu
alt 09-6652100   alt  09-6660806
alt This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Visi, Misi dan Objektif

  • PDF

VISI
Menjadi Organisasi peneraju dalam membangunkan tenaga kerja yang berdaya saing.

 

MISI
Mengeluarkan tenaga kerja yang berdaya saing.

 

OBJEKTIF

  • Untuk melahirkan tenaga kerja mahir bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara.
  • Untuk meningkatkan kemahiran pekerja-pekerja industri bagi membolehkan mereka memberikan sumbangan dengan berkesan ke arah pembangunan negara.
  • Untuk memudahkan para lepasan sekolah mendapatkan pekerjaan dengan melengkapkan mereka dengan latihan kemahiran perindustrian yang sistematik.

Piagam Pelanggan

  • PDF

Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu diamanahkan untuk membekalkan tenaga kerja mahir yang terlatih.

Dengan itu, kami berjanji :

  1. Menjelaskan semua  tuntutan bil-bil bayaran  dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan dokumen  lengkap;
  2. Mengesahkan penerimaan aduan dalam tempoh 24 jam dan dan memberi maklumbalas aduan dalam tempoh 7 hari bekerja;
  3. Membayar elaun saku kepada pelajar yang layak selewat-lewatnya 10hb bulan berikutnya;
  4. Mengedarkan slip keputusan peperiksaan pelajar pada setiap semester dalam masa 2 minggu selepas tarikh akhir mesyuarat jawatankuasa kecil peperiksaan dan persijilan; dan
  5. Memastikan setiap pelanggan yang berurusan di kaunter akan dilayan dalam tempoh masa 15 minit.

Untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu, khidmat yang mesra dan cemerlang adalah menjadi pegangan kami.

 

PIAGAM PELANGGAN INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KUALA TERENGGANU

( Dikemaskini Sehingga 30 Oktober 2017 )

Bil.

Perkara

Pencapaian

1

Menjelaskan semua  tuntutan bil-bil bayaran  dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan dokumen  lengkap.

√    100%

2

Mengesahkan penerimaan aduan dalam tempoh 24 jam dan dan memberi maklumbalas aduan dalam tempoh 7 hari bekerja.

√   100%

3

Membayar elaun saku kepada pelajar yang layak selewat-lewatnya 10hb bulan berikutnya.

√   100%

4

Mengedarkan slip keputusan peperiksaan pelajar pada setiap semester dalam masa 2 minggu selepas tarikh akhir mesyuarat jawatankuasa kecil peperiksaan dan persijilan.

√   100%

5

Memastikan setiap pelanggan yang berurusan di kaunter akan dilayan dalam tempoh masa 15 minit.

√   100%

Lokasi ILP Kuala Terengganu

  • PDF

(Sila klik pada imej untuk gambaran penuh)



Kalendar Akademik

  • PDF


Kalendar Latihan Sesi 2/2015

(Sila klik pada carta untuk mendapat gambaran penuh)

you are here: Mengenai Kami