Utama
CESS PDF Cetak E-mail

Carta OrganisasiPencapaian


 

Unit Komuniti dan Khidmat Sokongan Pekerjaan (CESS)

 

 

Unit Komuniti dan Khidmat Sokongan Pekerjaan adalah merupakan satu organisasi yang bertanggungjawab bagi memastikan pelajar-pelajar yang akan menamatkan latihan di ILJTM akan mendapatkan pekerjaan. Unit ini akan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan kepada pelajar untuk menetapkan laluan kerjaya mereka.

 

Objektif

  • Bertindak sebagai medium perhubungan dengan syarikat-syarikat di sekitar ILJTM  dalam mempromosikan pelajar keluaran ILJTM.
  • Menguruskan semua hal ehwal kerjasama antara industri dan institut serta meningkatkan penyertaan pihak industri dalam latihan yang dijalankan di ILJTM.
  • Memberi keyakinan kepada industri bahawa pelajar keluaran ILJTM adalah berkualiti dan memastikan pelajar-pelajar  ILJTM mendapat pekerjaan sebaik sahaja menamatkan latihan.

 

Fungsi

 

 

 

1. Kaunselor dan Kerjaya 

  • Menyediakan perkhidmatan kaunseling.
  • Menyediakan perkhidmatan pendaftaran pekerjaan (Jobs Malaysia Point).
  • Mengadakan temuduga terbuka.
  • Mengadakan seminar / bengkel pembangunan kerjaya.
 

2.    Kursus Jangka Pendek 

  • Menyediakan kursus jangka pendek secra Customised (kursus berbayar & mengikut kehendak pelanggan).
  • Menyediakan kursus jangka pendek secara modular  (kursus berbayar yang ditawar oleh Institut).
  • Menyediakan promosi dan lawatan industri dan individu.
  • Perkhidmatan pendaftaran kekompetenan Suruhanjaya Tenaga.
 

3.    Sistem Latihan Dual Nasional 

  • Promosi dan pendaftaran industri.
  • Bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
  • Penempatan perantis SLDN.
  • Menyelaras peperiksaan dan persijilan SKM
 

4.    Latihan Industri (LI) 

  • Menguruskan penempatan pelajar di industri.
  • Penilaian prestasi pelajar LI.
  • Hubungan dengan pihak industri.
 

5.    ALUMNI 

  • Urusetia Persatuan ALUMNI ILPKT.
  • Hubungan dengan lepasan pelajar ILPKT.

 


Carta Organisasi| Pencapaian

 
Peta Laman | Soalan Lazim | Panduan | Hubungi Kami

Tarikh Akhir Kemaskini: 22 Mac 2010
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox 3.5 dan Internet Explorer 8 dengan resolusi 1024 X 768
.

Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan & Hakcipta
Hakcipta © 2009 Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu. Semua Hakcipta Terpelihara.