|
Kerja-Kerja Naik Taraf Dan Baik Pulih Pagar Sempadan Di Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu |
|
|
|
|
Penyebutharga bertaraf Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor dalam Kelas E kepala 1 sub-kepala 1 dan CIDB Gred G2 ategori CE21 yang masih sah untuk membuat tawaran pada masa ini adalah dipelawa untuk menyertai tawaran sebutharga berikut :-
| BIL | NO.SEBUTHARGA | TAJUK | KELAYAKAN BIDANG | TARIKH DAN MASA TUTUP | | 1. | ILPKT/S/P46/K01/2010 | Kerja-Kerja Naik Taraf Dan Baik Pulih Pagar Sempadan Di Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu | PENDAFTARAN PKK KELAS E KEPALA 1 SUB-KEPALA 1 PENDAFTARAN CIBD GRED G2 KATEGORI CE21 | 27 JAN 2010 RABU 12 TENGAHARI |
Dokumen Tawaran Terhad kepada bilangan yang ditetapkan oleh pihak Institut. Tiada apa-apa bayaran dikenakan untuk Dokumen Tawaran. Dokumen boleh diperolehi di Bahagian Penyelenggaraan Dan Pembangunan Aset, Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu, Kawasan Perindustrian Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu mulai 13hb Januari 2010.
Penyebutharga atau wakil yang sah hendaklah menunjukkan Sijil Pendaftaran Asal dan serahkan salinan pendua bagi pendaftaran Pusat Khidmat kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) semasa mengambil dokumen Tawaran.
Lawatan Tapak adalh diwajibkan dan merupakan sebahagin dari syarat sebutharga. penyebutharga dikehendaki menghadiri sesi taklimat dan lawat tapak pada 18hb Januari 2010 jam 8.18 pagi di Bilik Mesyuarat Utama Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu(ILPKT).
Dokumen Tawaran yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri dan bertanda No. Sebutharga ILPKT/S/P46/K01/2010 Serta dimasukkan ke dalam peti tawaran yang disediakan di Pejabat Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan di atas.Pihak ILPKT tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan dan kehilangan mana-mana tawaran yang dihantar melalui Pos.
Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu tidak terikat dengan tawaran harga terendah atau mana-mana tawaran harga. Keputusan sebutharga akan ditentukan oleh Jawatankuasa Sebutharga Jabatan Tenaga Manusia dan keputusan sebutharga adalah muktamad.
Sebarang pertanyaan berhubung dengan sebutharga ini tuan/puan bolehlah menghubungi Bahagian Penyelenggaraaan dan Pembangunan Aset di talian 09-6552108.
|