BAHAGIAN PENGURUSAN PSIKOLOGI |
![]() |
![]() |
![]() |
APA ITU KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING?
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ialah proses membantu anda memahami diri dan dunia sekeliling supaya anda mampu menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang dianugerahkan dengan sebaiknya.
MATLAMAT PERKHIDMATAN
Berusaha bersama anda bagi membantu anda agar anda lebih mengenali diri dan mampu berfungsi dengan lebih produktif, efektif dan berkemampuan untuk mengendalikan kehidupan dengan lebih baik.
SIAPA KAUNSELOR ANDA?
Kaunselor anda adalah Kaunselor Terlatih yang bersedia mendengar dan menerima anda tanpa syarat, sentiasa bersifat terbuka dan menghormati hak anda serta sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik dan profesiaonal.
Apa sahaja perbincangan dengan kaunselor anda akan diRAHSIAkan. Anda sentiasa menjadi keutamaan.
Perkhidmatan ini terbuka kepada warga pelajar & kakitangan ILPKT bagi membantu anda dalam
AKADEMIK ~ meliputi aspek yang berkaitan dengan pelajaran
PERIBADI ~ menyentuh aspek diri secara keseluruhan
KERJAYA ~ bimbingan untuk mengenalpasti kecenderungan minat & seterusnya proses membuat pemilihan kerjaya
SOSIAL ~ menyentuh aspek seperti pergaulan dan perhubungan dalam kehidupan
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
· Kaunseling Individu
· Kaunseling Kelompok
· Kaunseling Kerjaya
· Bimbingan Kelompok
· Bimbingan Kerjaya
· Ujian Psikologi
· PRS
· Pementoran
MASA PERKHIDMATAN
Ahad – Rabu
8.30 pagi hingga 1.00 tengahari
2.00 petang hingga 5.30 petang
Khamis
8.30 pagi hingga 1.00 tengahari
2.00 petang hingga 4.00 petang
PROSEDUR PERKHIDMATAN
Anda boleh membuat temujanji atau datang sendiri ke Bahagian Pengurusan Psikologi untuk bertemu dengan kaunselor / pegawai psikologi ILPKT.
Datanglah ke Bahagian Pengurusan Psikologi untuk berbincang dengan kaunselor anda. Kaunselor anda sentiasa menerima anda tanpa syarat dan akan membantu anda dengan jujur.
Segala perbincangan adalah dilindungi di bawah Etika Kerahsiaan. |