Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) PDF Cetak E-mail

TAKRIF SLDN

  • SLDN merupakan singkatan daripada Sistem Latihan Dual Nasional.
  • Keputusan kerajaan untuk melaksanakan SLDN mulai tahun 2005 telah dibuat pada 19 Mei 2004. SLDN diperkenalkan bertujuan menyediakan tenaga mahir negara  (k-Pekerja) melalui satu kaedah latihan komprehensif dan terkini yang memenuhi kehendak industri semasa.
  • Pendekatan SLDN dapat mengurangkan pengeluaran tenaga mahir yang tidak memenuhi kehendak semasa industri. Sistem latihan ini juga memberi pendedahan kepada perintis situasi kerja yang sebenar.

 

KONSEP LATIHAN
SLDN adalah satu konsep latihan yang melibatkan latihan yang dijalankan di dua tempat iaitu di industri yang meliputi 70% hingga 80% dan di institusi latihan yang meliputi 20% hingga 30%. Pendekatan latihan SLDN akan ditentukan oleh industri bersama-sama dengan pihak institusi latihan sama ada memilih pendekatan day release atau block release iaitu mengikut kesesuaian industri tersebut.

  • Kaedah pembelajaran mengikut pendekatan day release ialah perantis akan menjalani latihan selama 4 hingga 5 hari di industri dan 1 hingga 2 hari di institusi latihan pada setiap minggu. Kaedah pembelajaran mengikut pendekatan block release ialah pelatih akan menjalani latihan di industri selama 4 hingga 5 bulan serta latihan selama 1 hingga 2 bulan di institusi latihan.
  • Jangka masa latihan adalah selama 2 tahun yang dibahagikan kepada 4 semester.

 

FAEDAH SLDN

Insentif Kewangan

  • Mengurangkan kos pengambilan pekerja mahir dari segi latihan, penilaian, pengiklanan dan pemilihan.
  • Layak mendapat potongan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 atau layak menuntut bayaran latihan daripada Tabung Pembangunan Sumber Manusia (TPSM) untuk syarikat /majikan yang layak.

Peningkatan Kualiti Produktiviti

  • Meningkatkan kualiti kerja kerana pekerja yang dilatih adalah mengikut keperluan di industri.
  • Meningkatkan produktiviti kerana pekerja yang mengikuti SLDN boleh memenuhi keperluan pekerjaan sepenuhnya.
  • Meningkatkan daya saing kerana syarikat/ majikan dibekalkan dengan pekerja mahir yang releven dan mencukupi.
  • Meningkatkan penggunaan teknologi baru yang lebih efisen kerana perantis SLDN diberi pendedahan kepada pelbagai teknologi terkini semasa proses pembelajaran.

 

PEMBANGUNAN HUMAN CAPACITY

  • Meningkatkan kualiti kerana latihan yang dijalani sepanjang tempoh yang ditetapkan berdasarkan kepelbagaian proses kerja industri.
  • Memberi kesan positif dari segi prestasi pekerja dan kepuasan pekerja.
  • Meningkatkan imej syarikat/ majikan sebagai pengeluar K-Pekerja bagi melaksanakan tanggungjawab sosial negara.
  • Membantu mewujudkan satu mekanisma tambahan bagi tujuan kenaikan pangkat dan meningkatkan kemahiran pekerja sediada.
  • Memberi peluang kepada pekerja mahir sediada di industri didedahkan dengan ilmu dan kemahiran kejurulatihan.

 

FAEDAH KEPADA PERANTIS

Elaun
Perantis layak menerima elaun bulanan minumum oleh pihak syarikat/ majikan bagi sepanjang tempoh latihan seperti berikut.

Semester

Elaun Minimum Sebulan

Pertama

RM 350

Kedua

RM 400

Ketiga

RM 450

Keempat

RM 500

Persijilan
Setelah menjalani kursus selama 2 tahun perantis akan dianugerahkan sijil k-Pekerja SLDN (sama taraf dengan SKM tahap 3) yang diperakui oleh JPK  dan industri yang berkaitan.

Pembangunan Kerjaya
Perantis yang berjaya menamatkan kursus selama 2 tahun berpeluang mengikuti peningkatan kerjaya seperti berikut :

  • Layak mengikuti program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).
  • Pengajar di industri institut latihan.
  • Bekerja sendiri.
  • Peluang kenaikan pangkat.
 

LOG MASUK

Kemaskini Terakhir : Rabu, 30 Sept 2020, 4.21 PM

HUBUNGI KAMI

Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu
Kawasan Perindustrian Gong Badak
21300 Kuala Terengganu, Terengganu
09-6652100 09-6660806
p.ilpkt@mohr.gov.my