INTEGRASI DIPLOMA TEKNOLOGI BINAAN (SIVIL DAN STRUKTUR) PDF Cetak E-mail

KOD : QM01

PERSIJILAN :

SKM 3 - Sijil Teknologi Binaan (Sivil dan Struktur) ; Pembelajaran di ILP

DKM 4 - Pengurus Binaan Awam dan Struktur ; Pembelajaran di ADTEC Kemaman

 

TEMPOH LATIHAN: 24 Bulan di ILP Kuala Terengganu & 18 Bulan di ADTEC Kemaman

 

KELAYAKAN

1.    Berumur 17 hingga 35 tahun

2.    Lulus SPM Atau Setaraf Dengan Lulus Subjek Berikut :

i.   Bahasa Melayu
ii.   Matematik/ Matematik Tambahan
iii.  Sejarah (Lepasan SPM 2013 Keatas Sahaja)
iv. Satu (1) subjek lain selain (i dan ii)

3.   Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/ bisu/cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran

 

KETERANGAN KURSUS
Dalam kursus ini, pelajar akan dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali dalam bidang sivil dan stuktur. Pelajar juga dipersiapkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pengurusan, penyeliaan dan kepimpinan. Membuat perancangan serta menghasilkan program kerja sivil dan struktur termasuk kerja-kerja penyeliaan tapak. Pelajar diajar untuk menjalankan kerja-kerja kawalan kualiti meliputi ujian makmal dan ujian di tapak, menyelia kerja-kerja penyelenggaraan binaan struktur dan infrastruktur dan melaksanakan latihan dalam pembinaan substruktur dan superstruktur,kerja-kerja pembinaan infrastruktur meliputi jalan raya, saliran, sistem bekalan air, dan sistem kumbahan dengan mengaplikasikan teknologi semasa dalam binaan.

 

PELUANG KERJAYA
Bekerja di sektor pembinaan sebagai Juruteknik Binaan, Pembantu teknik, Penolong jurutera, penyelia tapak binaan, penolong juruukur bahan dan lain-lain kerja berkaitan industrI binaan.

 

LOG MASUK

Kemaskini Terakhir : Sabtu, 24 Oktober 2020, 1.54 PM

HUBUNGI KAMI

Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu
Kawasan Perindustrian Gong Badak
21300 Kuala Terengganu, Terengganu
09-6652100 09-6660806
p.ilpkt@mohr.gov.my