KOD : F01
PERSIJILAN : SKM 3 - Sijil Teknologi Komputer (Sistem)
TEMPOH LATIHAN: 21 Bulan
KELAYAKAN
1. Berumur 17 hingga 35 tahun
2. Lulus SPM Atau Setaraf Dengan Lulus Subjek Berikut :
i. Bahasa Melayu ii. Matematik/ Matematik Tambahan iii. Sejarah (Lepasan SPM 2013 Keatas Sahaja) iv. Satu (1) subjek lain selain (i dan ii)
3. Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/ bisu/cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran
KETERANGAN KURSUS Pelatih diajar cara instalasi perisian seperti Windows mahupun LINUX serta penyelenggaraan komputer, baik pulih komputer, pemasangan sistem rangkaian komputer, pembangunan laman web dan pemasangan perisian sistem untuk pelayan(server). Pelajar juga akan diajar memasang sendiri semua peralatan seperti Mother Board, Hard Disk, RAM & lain-lain menjadi sebuah komputer yang lengkap
PELUANG KERJAYA Pelajar berpeluang menjawat jawatan sebagai Juruteknik Sistem Komputer, Juruteknik Penyelenggaraan Komputer, Penyelia Sistem Komputer, Pentadbir Sistem Komputer, Pentadbir Rangkaian Komputer dan Perekabentuk Laman Web
|