Soalan Lazim PDF Print E-mail
There are no translations available.

a)   Pada masa kini, berapakah bilangan ILJTM di seluruh negara?

Jawapan :

Pada masa kini terdapat 27 buah ILJTM iaitu 4 ADTEC, 1 JMTi, dan 22 ILP. Terkini adalah di ILP Miri. Kesemuanya dibawah seliaan Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.

b)  Adakah kursus yang ditawarkan di ILJTM sama?

Jawapan :

Ada yang dan ada yang tidak, contohnya kursus - kursus di ILP sama (bergantung kepada bidang), kursus - kursus di ADTEC juga sama manakala kursus - kursus yang ditawarkan di CIAST adalah untuk melatih calon sebagai tenaga pengajar dalam bidang kemahiran namun mereka juga masih berpeluang untuk bekerja selain dari tenaga pengajar.

c)    Adakah lepasan ILJTM ini boleh melanjutkan pelajaran?

Jawapan :

Ya, lepasan pelajar dari ILJTM berpeluang untuk meneruskan latihan mereka samada di ILJTM sendiri ataupun di institusi latihan lain yang menawarkan kursus berteraskan kemahiran.

d)   Adakah kursus - kursus yang dijalankan menjamin pekerjaan?

Jawapan :

Kesemua kursus - kursus yang dijalankan adalah berdasarkan kepada standard latihan yang ditetapkan oleh MLVK. Kursus - kursus yang dijalankan juga sesuai untuk pekerjaan di sektor swasta (industri). Mengikut statistik kami, menunjukkan sejumlah 80 % dari lepasan ILJTM berjaya mendapatkan pekerjaan selepas 6 bulan tamat latihan dalam pelbagai sektor industri yang ada.

e) Dimanakah saya boleh dapatkan borang permohonan dan bila ?

Jawapan :

Borang permohonan boleh didapati di semua institut institut latihan Jabatan tenaga Manusia (ILJTM) pejabat - pejabat pos dan di beberapa agensi lain yang akan diberitahu (sekiranya berkenaan). Ia dibuka pada bulan Mac dan September setiap sesi pengambilan.

f)    Berapakah had umur untuk mengikuti latihan di ILJTM ?

Jawapan :

JTM, pada dasarnya tidak menetapkan sebarang had umur untuk memboleh semua masyarakat untuk mengikuti latihan di ILJTM, sesuai dengan slogan pembelajaran sepanjang hayat. Namun demikian oleh kerana beberapa sebab tertentu seperti pemberian pinjaman dan sebagainya maka penetapan umur perlu ditetapkan iaitu antara 25 tahun hingga 30 tahun (bergantung kepada program yang ingin diikuti). Namun demikian, mereka yang tidak layak dengan had umur berkenaan masih boleh lagi mengikuti latihan dalam beberapa program seperti latihan jangka pendek yang ada ditawarkan di ILJTM.

g) Apakah jenis kursus - kursus yang dijalankan di ILJTM ?

Jawapan :

Kursus - kursus yang dijalankan adalah kursus berteraskan kepada kemahiran, dimana penekanan terhadap kemahiran (antara 60 % hingga 70 %), manakala teori (antara 30 % dan 40 %).

h)   Berapakah jangkamasa untuk mengikuti latihan tersebut ?

Jawapan :

Jangkamasa yang ditetapkan adalah antara 6 bulan dan 3 tahun 6 bulan. Namun ia bergantung kepada program yang ingin diikuti samada sijil, diploma dan diploma lanjutan.

 

LOG MASUK

Kemaskini Terakhir : Sabtu, 24 Oktober 2020, 1.54 PM

HUBUNGI KAMI

Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu
Kawasan Perindustrian Gong Badak
21300 Kuala Terengganu, Terengganu
09-6652100 09-6660806
p.ilpkt@mohr.gov.my