Bahagian Pengurusan Psikologi | Print |  E-mail
There are no translations available.

APA ITU KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING?

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ialah proses membantu anda memahami diri dan dunia sekeliling supaya anda mampu menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang dianugerahkan dengan sebaiknya.

MATLAMAT PERKHIDMATAN

Berusaha bersama anda bagi membantu anda agar anda lebih mengenali diri dan mampu berfungsi dengan lebih produktif, efektif dan berkemampuan untuk mengendalikan kehidupan dengan lebih baik.

SIAPA KAUNSELOR ANDA?

Kaunselor anda adalah Kaunselor Terlatih yang bersedia mendengar dan menerima anda tanpa syarat, sentiasa bersifat terbuka dan menghormati hak anda serta sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik dan profesiaonal.

Apa sahaja perbincangan dengan kaunselor anda akan diRAHSIAkan. Anda sentiasa menjadi keutamaan.

Perkhidmatan ini terbuka kepada warga pelajar & kakitangan ILPKT bagi membantu anda dalam

AKADEMIK ~ meliputi aspek yang berkaitan dengan pelajaran

PERIBADI ~ menyentuh aspek diri secara keseluruhan

KERJAYA ~ bimbingan untuk mengenalpasti kecenderungan minat & seterusnya proses membuat pemilihan kerjaya

SOSIAL ~ menyentuh aspek seperti pergaulan dan perhubungan dalam kehidupan


PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

· Kaunseling Individu

· Kaunseling Kelompok

· Kaunseling Kerjaya

· Bimbingan Kelompok

· Bimbingan Kerjaya

· Ujian Psikologi

· PRS

· Pementoran

 

MASA PERKHIDMATAN

Ahad – Rabu

8.30 pagi hingga 1.00 tengahari

2.00 petang hingga 5.30 petang

Khamis

8.30 pagi hingga 1.00 tengahari

2.00 petang hingga 4.00 petang

 

PROSEDUR PERKHIDMATAN

Anda boleh membuat temujanji  atau datang sendiri ke Bahagian Pengurusan Psikologi untuk bertemu dengan kaunselor / pegawai psikologi ILPKT.

Datanglah ke Bahagian Pengurusan Psikologi untuk berbincang dengan kaunselor anda. Kaunselor anda sentiasa menerima anda tanpa syarat dan akan membantu anda dengan jujur.

Segala perbincangan adalah dilindungi di bawah Etika Kerahsiaan.

 

Log Masuk

Kemaskini Terakhir : Sabtu 23 Mei 2020, 12.46 PM

Hubungi Kami

Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu
Kawasan Perindustrian Gong Badak
21300 Kuala Terengganu, Terengganu
09-6652100   09-6660806
p.ilpkt@mohr.gov.my