Diploma Teknologi Binaan (Sivil & Struktur) - Lepasan SPM | Print |  E-mail
There are no translations available.

PROGRAM: Diploma Teknologi Binaan (Sivil & Struktur)
KOD:EM01
TEMPOH LATIHAN: 36 Bulan


KETERANGAN KURSUS
Dalam kursus ini, pelajar akan dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali dalam bidang sivil dan stuktur. Pelajar juga dipersiapkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pengurusan, penyeliaan dan kepimpinan. Membuat perancangan serta menghasilkan program kerja sivil dan struktur termasuk kerja-kerja penyeliaan tapak. Pelajar diajar untuk menjalankan kerja-kerja kawalan kualiti meliputi ujian makmal dan ujian di tapak, menyelia kerja-kerja penyelenggaraan binaan struktur dan infrastruktur dan melaksanakan latihan dalam pembinaan substruktur dan superstruktur,kerja-kerja pembinaan infrastruktur meliputi jalan raya, saliran, sistem bekalan air, dan sistem kumbahan dengan mengaplikasikan teknologi semasa dalam binaan.

KELAYAKAN AKADEMIK

LULUS SPM atau setaraf dengan;

1.  Lulus Bahasa Melayu

2.  Lulus Bahasa Inggeris
3.  Lulus Sejarah (Lepasan SPM 2013 dan ketas sahaja)
4.  Kepujian Matematik/Matematik Tambahan
5.  Kepujian Sains/Sains Tambahan/Sains Gunaan/Fizik/Kimia atau subjek teknikal di bawah:

    - Kerja Paip Domestik

    - Lukisan Kejuruteraan

    - Membuat Perabut

    - Pembinaan Domestik

    - Reka Cipta

    - Teknologi Binaan

    - Teknologi Kejuruteraan

6.  Kepujian satu subjek lain termasuk (1) dan (2)


PELUANG KERJAYA
Penyelia Binaan Sivil Dan Struktur atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam industri pembinaan. Pelajar berpeluang menyambung pengajian ke peringkat Diploma Lanjutan atau Ijazah di Institusi Latihan Kemahiran dan Institut Pengajian Tinggi yang menawarkan kursus berkenaan.

Diploma Teknologi Binaan telah mendapat pengiktirafan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bermula pada 10 Februari 2011.

Seterusnya... Lepasan SKM

 

Log Masuk

Kemaskini Terakhir : Sabtu 23 Mei 2020, 12.46 PM

Hubungi Kami

Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu
Kawasan Perindustrian Gong Badak
21300 Kuala Terengganu, Terengganu
09-6652100   09-6660806
p.ilpkt@mohr.gov.my