Teknologi Elektrik PDF Print E-mail
There are no translations available.

PROGRAM: Sijil Teknologi Elektrik 3 Fasa - SKM Tahap 3
KOD: B19
TEMPOH LATIHAN: 24 Bulan

 

KETERANGAN KURSUS
Kursus ini menawarkan latihan teori dan amali yang menumpukan pembentukan kemahiran membuat dan merekabentuk serta anggaran kerja-kerja elektrik, menggunakan peralatan-peralatan ujian dan perlindungan pepasangan, peralatan industri, kendalian mesin dan sistem agihan bekalan. Di samping itu juga membuat pemasangan, pemeriksaan dan penyelenggaraan sistem pneumatik/elektro-pneumatik dan sebagainya.

 

KELAYAKAN AKADEMIK

1.  Berumur 17 hingga 35 tahun

2.  Lulus SPM Atau Setaraf Dengan Lulus Subjek Berikut :

  • Bahasa Melayu

Sejarah (Lepasan SPM 2013 Keatas Sahaja)

Matematik/ Matematik Tambahan

Sains / Sains Tambahan / Gunaan / Fizik / Kimia Atau Subjek Teknikal Berikut :

Pengajian Kejuruteraan  Elektrik & Elektronik, Pendawaian Domestik, Menservis Peralatan Elektronik Domestik, Prinsip Elektrik & Elektronik, Aplikasi Elektrik & Elektronik , Teknologi Elektrik, Pemasangan Kawalan Elektrik Lukisan Geometri & Elektrik

3. Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/ bisu/cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran

 

PELUANG PEKERJAAN
Pelajar-pelajar yang terlatih di dalam bidang Teknologi Elektrik mempunyai peluang berkhidmat di semua industri yang mempunyai sistem bekalan 2 Fasa dan penyegerakkan Penjana Tunggu Sedia. Pelajar juga boleh menyambung pengajian ke tahap Diploma Teknologi Elektrik (Kuasa) di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia yang ditawarkan.

 

LOG MASUK

Kemaskini Terakhir : Rabu, 16 Sept 2020, 10.13 PM

HUBUNGI KAMI

Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu
Kawasan Perindustrian Gong Badak
21300 Kuala Terengganu, Terengganu
09-6652100 09-6660806
p.ilpkt@mohr.gov.my