UTAMA SIVIL DAN STRUKTUR TEKNOLOGI BINAAN (SIVIL DAN STRUKTUR)
Diploma Teknologi Binaan (Sivil & Struktur) - Lepasan SKM PDF Print E-mail
There are no translations available.

PROGRAM: Diploma Teknologi Binaan (Sivil & Struktur)
KOD:EM01
TEMPOH LATIHAN: 36 Bulan

 

KETERANGAN KURSUS
Dalam kursus ini, pelajar akan dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali dalam bidang sivil dan stuktur. Pelajar juga dipersiapkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pengurusan, penyeliaan dan kepimpinan. Membuat perancangan serta menghasilkan program kerja sivil dan struktur termasuk kerja-kerja penyeliaan tapak. Pelajar diajar untuk menjalankan kerja-kerja kawalan kualiti meliputi ujian makmal dan ujian di tapak, menyelia kerja-kerja penyelenggaraan binaan struktur dan infrastruktur dan melaksanakan latihan dalam pembinaan substruktur dan superstruktur,kerja-kerja pembinaan infrastruktur meliputi jalan raya, saliran, sistem bekalan air, dan sistem kumbahan dengan mengaplikasikan teknologi semasa dalam binaan.

KELAYAKAN AKADEMIK


1.  Berumur 17 hingga 35 tahun

2.  Lulus SPM atau setaraf dengan lulus Bahasa Melayu DAN mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berikut;
i. CVS3: Penyelia Awam & Struktur atau
ii. A-020-3: Wood Based Building Construction atau
iii. B-010-3: Building Construction Supervisor atau

iv. RB-050-3: Penyelia Pembuat Perabot

3. Lulus dalam temuduga yang dijalankan.

 

PELUANG KERJAYA
Penyelia Binaan Sivil Dan Struktur atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam industri pembinaan. Pelajar berpeluang menyambung pengajian ke peringkat Diploma Lanjutan atau Ijazah di Institusi Latihan Kemahiran dan Institut Pengajian Tinggi yang menawarkan kursus berkenaan.

Diploma Teknologi Binaan telah mendapat pengiktirafan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bermula pada 10 Februari 2011.

Seterusnya... Lepasan SPM

 

PENGIKTIRAFAN


























HUBUNGI KAMI

     Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu

     Kawasan Perindustrian Gong Badak

     21300 Kuala Terengganu, Terengganu

      09-6652100  09-6660806

      kamaludin@mohr.gov.my

      Peta Lokasi  GPS : 5°23'44.8"N 103°04'30.7"E