INTEGRASI DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBUATAN (PEMESINAN) PDF Print E-mail
There are no translations available.

KOD : QK03

PERSIJILAN :

SKM 3 - Sijil Teknologi Pembuatan (Pemesinan) ; Pembelajaran di ILP

DKM 4 - Koordinasi Pembuatan CAD CAM ; Pembelajaran di ADTEC Jerantut

 

TEMPOH LATIHAN: 24 Bulan di ILP Kuala Terengganu & 18 Bulan di ADTEC Jerantut

 

KELAYAKAN

1.    Berumur 17 hingga 35 tahun

2.    Lulus SPM Atau Setaraf Dengan Lulus Subjek Berikut :

i.   Bahasa Melayu
ii.   Matematik/ Matematik Tambahan
iii.  Sejarah (Lepasan SPM 2013 Keatas Sahaja)
iv.  Satu (1) subjek lain selain (i dan ii)

3.   Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/ bisu/cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran

 

KETERANGAN KURSUS
Dalam kursus ini, pelajar akan diajar membuat pelbagai alat atau alat ganti dengan menggunakan mesin seperti mesin kisar, canai dan larik, membaca dan memahami pelan, penggunaan mesin perkakas yang sesuai untuk sesuatu benda kerja.

 

PELUANG KERJAYA
Graduan-graduan yang telah tamat latihan di peringkat sijil boleh ditawarkan bekerja sebagai Juruteknik Pemesin Am (Operasi Larik/Canai/Kisar) atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam bidang pemesinan. Prospek pekerjaan yang boleh diceburi selepas menamatkan latihan di peringkat diploma adalah sebagai penolong jurutera di dalam industri kejuruteraan dan pembuatan atau penyelia operasi mesin di dalam bidang pemesinan logam.
 

LOG MASUK

Kemaskini Terakhir : Sabtu, 24 Oktober 2020, 1.54 PM

HUBUNGI KAMI

Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu
Kawasan Perindustrian Gong Badak
21300 Kuala Terengganu, Terengganu
09-6652100 09-6660806
p.ilpkt@mohr.gov.my