PERBINCANGAN KERJASAMA STRATEGIK ILP KUALA TERENGGANU DAN TERENGGGANU HUMAN RESOURCE DEVELOPMENT CENTER (T-HRDC) PDF Cetak E-mail

HOTILP Kuala Terengganu telah menerima kunjungan dari pihak Terengganu Human Resource Development Center (T-HRDC) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif T-HRDC, En Aminudin bin Omar dan disambut oleh Timbalan Pengarah (Latihan), Pn Norlela binti Mustaffa serta Timbalan Pengarah (Operasi), En Zulkifli bin Mat Daud.

Perbincangan ini turut disertai oleh wakil dari ILP Marang, En Mohamad bin Ngah, Penolong Pengarah Bahagian CESS. Kunjungan ini adalah rentetan dari perbincangan yang telah diadakan pada 8 September 2020 di ADTEC Kemaman dalam membincangkan berkenaan penempatan pekerjaan di samping latihan nilai tambah yang boleh dilaksanakan di bawah Pelan PENJANA.

Semoga kerjasama dua hala ini dapat direalisasikan.

 









 

 


 

LOG MASUK

Kemaskini Terakhir : Sabtu, 24 Oktober 2020, 1.54 PM

HUBUNGI KAMI

Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu
Kawasan Perindustrian Gong Badak
21300 Kuala Terengganu, Terengganu
09-6652100 09-6660806
p.ilpkt@mohr.gov.my