Unit Komuniti dan Khidmat Sokongan Pekerjaan merupakan satu organisasi yang bertanggungjawab bagi memastikan pelajar-pelajar yang akan menamatkan latihan di ILJTM akan mendapatkan pekerjaan serta mengurus dan mengendalikan Kursus Separuh Masa secara Customised dan Modular.
Objektif
- Bertindak sebagai medium perhubungan dengan syarikat-syarikat di sekitar ILJTM dalam mempromosikan pelajar keluaran ILJTM.
- Menguruskan semua hal ehwal kerjasama antara industri dan institut serta meningkatkan penyertaan pihak industri dalam latihan yang dijalankan di ILJTM.
- Memberi keyakinan kepada industri bahawa pelajar keluaran ILJTM adalah berkualiti dan memastikan pelajar-pelajar ILJTM mendapat pekerjaan sebaik sahaja menamatkan latihan.
Fungsi
1. Kebolehkerjaan
- Menyediakan perkhidmatan kaunseling.
- Menyediakan perkhidmatan pendaftaran pekerjaan (Jobs Malaysia Point).
- Mengadakan temuduga terbuka.
- Mengadakan seminar / bengkel pembangunan kerjaya.
2. Kursus Separuh Masa
- Menyediakan kursus jangka pendek secra Customised (kursus berbayar & mengikut kehendak pelanggan).
- Menyediakan kursus jangka pendek secara modular (kursus berbayar yang ditawar oleh Institut).
- Menyediakan promosi dan lawatan industri dan individu.
- Perkhidmatan pendaftaran kekompetenan Suruhanjaya Tenaga.
3. Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)
- Promosi dan pendaftaran industri.
- Bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
- Penempatan perantis SLDN.
- Menyelaras peperiksaan dan persijilan SKM
4. Latihan Industri (LI)
- Menguruskan penempatan pelajar di industri.
- Penilaian prestasi pelajar LI.
- Hubungan dengan pihak industri.
5. ALUMNI
- Urusetia Persatuan ALUMNI ILP Kuala Terengganu.
- Hubungan dengan lepasan pelajar ILP Kuala Terengganu.
|