Bahagian Pengajian Am Cetak E-mail

KEANGGOTAAN BAHAGIAN

Pegawai yang berkhidmat dibahagian ini terdiri daripada 4 orang berjawatan tetap dan seorang berjawatan sambilan. Pegawai tersebut adalah Pegawai Kader (Pegawai yang dipinjamkan) dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) gred DG 41.

TUGAS DAN PERANAN BAHAGIAN / PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN

  1. Bertanggungjawab kepada Pengarah di Institusi Jabatan Tenaga Manusia dalam menyelaraskan kegiatannya pada peringkat kebangsaan di institusi sebagaimana yang ditentukan.
  2. Bertanggungjawab dalam penyediaan dan menjalankan program latihan bagi subjek umum mengikut keperluan yang diarahkan oleh Pengarah.
  3. Bertanggungjawab secara terus tentang mutu dan keberkesanan kursus / latihan subjek umum yang dijalankan.
  4. Merancang, merangka dan membangun kurikulum dan bahan latihan kursus subjek umum.
  5. Bekerjasama dengan kakitangan yang diberi kuasa dalam Bahagian Urusan Latihan dalam penyediaan dan pembuatan alat bantuan pembelajaran.
  6. Memberi khidmat nasihat berkenaan subjek dan menyemak nota-nota kuliah.
  7. Mengguna dan menyelenggara peralatan di makmal untuk subjek yang berkenaan.
  8. Bekerjasama dengan bahagian Latihan dalam penyediaan jadual-jadual kelas.
  9. Mengendali kelas dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengannya dan mengemaskini bahan latihan dan peralatan makmal.
  10. Menyertai aktiviti pentadbiran dan kebajikan / rekreasi dalam Bahagian Perkhidmatan Latihan.
  11. Menyempurnakan lain-lain tugas atau menerima lain-lain tanggungjawab bagi kepentingan Bahagian Latihan dari masa ke semasa.
 

separator

Log Masuk

Kemaskini Terakhir : Selasa 11 Februari 2020, 02.45 PM

Hubungi Kami

Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu
Kawasan Perindustrian Gong Badak
21300 Kuala Terengganu, Terengganu
09-6652100   09-6660806
p.ilpkt@mohr.gov.my