PROGRAM SEPENUH MASA


PENGENALAN

1. Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu (ILPKT) ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara.

2. ILPKT menawarkan program peringkat Sijil & Diploma. Objektif utama ILPKT adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.


PENGAMBILAN PELAJAR

1. Pengambilan ke ILPKT dibuat dua (2) kali setahun (kemasukan Januari & Julai)

2. Permohonan ke ILPKT dibuka secara dalam talian (online) melalui laman web www.jtm.gov.my atau www.ilpkt.gov.my bagi Sesi Januari dan melalui laman web UPU http://upu.mohe.gov.my bagi Sesi Julai.

3. Permohonan yang tidak mendapat jawapan dua (2) bulan daripada tarikh permohonan ditutup dianggap tidak berjaya


PILIHAN KURSUS & INSTITUT

1. Pemohon bebas memilih kursus dan institusi latihan mengikut syarat yang telah ditetapkan. Pemohon hanya boleh memohon satu kategori sahaja.

2. Bagi calon OKU, sila rujuk panduan kemsukan seperti berikut: Panduan Kemasukan Calon OKU


SYARAT AM KEMASUKAN

LEPASAN SPM

LEPASAN SKM / ST

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur 17 hingga 35 tahun;

3. Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk Panduan Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SPM);

4. Lulus dalan sesi temuduga yang dijalankan (kursus-kursus tertentu sahaja); dan

5. Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur 17 hingga 35 tahun;

3. Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk Panduan Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SKM/ST);

4. Lulus dalan sesi temuduga yang dijalankan ; dan

5. Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.


LALUAN AKADEMIK & KEMAHIRAN


KOMPOSISI LATIHAN

SIJIL

DIPLOMA

DIPLOMA LANJUTAN

Teori 30%

Amali 70%

Teori 40%

Amali 60%

Teori 50%

Amali 50%


FASILITI

1. Asrama
2. Dewan kuliah, makmal komputer & bengkel latihan
3. Kemudahan sukan & riadah
4. Kantin / Kafeteria
5. Perpustakaan


BAYARAN

1. Yuran Pengajian:

1.1.  Diploma & Diploma Lanjutan: RM3,000.00 setahun. (Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) boleh dipohon bagi yang layak)

1.2.  Sijil & Sijil Lanjutan: Percuma, kecuali pelajar tajaan.

2. Lain-lain bayaran yang dikenakan semasa hari pendaftaran (anggaran RM650-RM700 tertakluk kepada institut).


MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :

Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL)
Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu
Kawasan Perindustrian Gong Badak
21300 Kuala Nerus, Terengganu
Tel : 09-665 2100       Fax : 09-666 0806
 

PENGIKTIRAFAN


























HUBUNGI KAMI

     Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu

     Kawasan Perindustrian Gong Badak

     21300 Kuala Nerus, Terengganu

      09-6652100  09-6660806

      info.ilpkt@jtm.gov.my

      Peta Lokasi  GPS : 5°23'44.8"N 103°04'30.7"E