UTAMA OPERASI Community & Employment Support Service (CESS)
Bahagian Komuniti dan Khidmat Sokongan Pekerjaan (CESS) PDF Cetak E-mail


Unit Komuniti dan Khidmat Sokongan Pekerjaan merupakan satu organisasi yang bertanggungjawab bagi memastikan pelajar-pelajar yang akan menamatkan latihan di ILJTM akan mendapatkan pekerjaan serta mengurus dan mengendalikan Kursus Separuh Masa secara Customised dan Modular.


Objektif

- Bertindak sebagai medium perhubungan dengan syarikat-syarikat di sekitar ILJTM  dalam mempromosikan pelajar keluaran ILJTM.

- Menguruskan semua hal ehwal kerjasama antara industri dan institut serta meningkatkan penyertaan pihak industri dalam latihan yang dijalankan di ILJTM.

- Memberi keyakinan kepada industri bahawa pelajar keluaran ILJTM adalah berkualiti dan memastikan pelajar-pelajar  ILJTM mendapat pekerjaan sebaik sahaja menamatkan latihan.


Fungsi

1. Kebolehkerjaan

- Menyediakan perkhidmatan kaunseling.
- Menyediakan perkhidmatan pendaftaran pekerjaan (Jobs Malaysia Point).
- Mengadakan temuduga terbuka.
- Mengadakan seminar / bengkel pembangunan kerjaya.


2. Kursus Separuh Masa

- Menyediakan kursus jangka pendek secra Customised (kursus berbayar & mengikut kehendak pelanggan).
- Menyediakan kursus jangka pendek secara modular  (kursus berbayar yang ditawar oleh Institut).
- Menyediakan promosi dan lawatan industri dan individu.
- Perkhidmatan pendaftaran kekompetenan Suruhanjaya Tenaga.


3. Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)

- Promosi dan pendaftaran industri.
- Bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
- Penempatan perantis SLDN.
- Menyelaras peperiksaan dan persijilan SKM


4. Latihan Industri (LI)

- Menguruskan penempatan pelajar di industri.
- Penilaian prestasi pelajar LI.
- Hubungan dengan pihak industri.


5. ALUMNI

- Urusetia Persatuan ALUMNI ILP Kuala Terengganu.
- Hubungan dengan lepasan pelajar ILP Kuala Terengganu.

 

LOG MASUK

KAJI SELIDIK

Adakah Program tawaran di ILPKT menjamin pekerjaan?
Ya, menjamin masa depan
Tidak, peluang pekerjaan berkurangan

HUBUNGI KAMI

     Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu

     Kawasan Perindustrian Gong Badak

     21300 Kuala Terengganu, Terengganu

      09-6652100  09-6660806

      kamaludin@mohr.gov.my

      Peta Lokasi  GPS : 5°23'44.8"N 103°04'30.7"E