Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan Aset (BPPA) |
![]() |
![]() |
![]() |
Fungsi
Mengurus dan menyelaras pembangunan kemahiran dan penyelenggaraan aset di ILP Kuala Terengganu merangkumi keperluan dan kemudahan latihan (bangunan, kemudahan fizikal, mesin dan peralatan latihan).
Objektif
BPPA bertanggungjawab menyediakan perancangan pembangunan kemudahan latihan, pembangunan infastruktur, pengurusan dan penyelenggaraan aset agar program latihan kemahiran yang dijalankan lebih berkualiti dan berkesan.
Antara tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan merangkumi aspek berikut:
1) Pengurusan Aset Kerajaan.
- Memantau aktiviti Penyelenggaraan Peralatan. - Memantau aktiviti Penyelenggaraan Bangunan & Kemudahan Asas. - Menyelaras dan Mengurus Perolehan Stok, Inventori & Aset Institut. - Mengurus Keselamatan Bangunan & Harta Benda Institut. - Mengurus Proses Pelupusan Peralatan.
2) Pengurusan Perolehan Peralatan, Bahan Latihan & Perkhidmatan Institut.
- Merancang dan mengesyorkan pembelian, pembangunan peralatan dan bahan latihan termasuk kemudahan saintifik, pembangunan dan kemudahan konvensional/fizikal, serta keperluan/kemudahan masa depan.
3) Membuat Cadangan Pembangunan Infrastruktur & Naik Taraf Institut.
- Merancang dan mengesyorkan Pembangunan Infrastruktur & Naik Taraf Institut agar seiring dengan keadaan dan keperluan semasa dan akan datang. |