UTAMA LATIHAN Bahagian Pengajian Am
BAHAGIAN PENGAJIAN AM PDF Cetak E-mail


PENGENALAN

Bahagian Pengajian Am merupakan Unit yang melengkapkan CGPA bagi pelatih-pelatih di Institut Latihan Perindustrian disamping Subjek Teras.


OBJEKTIF

Antara objektif bahagian ialah :

1. Menambah nilai dalam memudahkan para graduan mendapat pekerjaan.
2. Meningkatkan pengetahuan pekerja-pekerja industri dalam bidang pengajian umum bagi membolehkan mereka memberi sumbangan dengan lebih berkesan kearah pembangunan Negara.
3. Meningkatkan mutu dan kualiti tenaga kerja mahir di bidang latihan memenuhi sektor perindustrian.


SUBJEK DI BAWAH BAHAGIAN

Bahagian ini terdiri daripada beberapa subjek iaitu:

1. Subjek Pengajian Islam
2. Subjek Bahasa Inggeris
3. Subjek Matematik


KEANGGOTAAN BAHAGIAN

Pegawai yang berkhidmat dibahagian ini terdiri daripada 4 orang berjawatan tetap dan seorang berjawatan sambilan. Pegawai tersebut adalah Pegawai Kader (Pegawai yang dipinjamkan) dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) gred DG 41.


TUGAS DAN PERANAN BAHAGIAN / PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN

1. Menyempurnakan lain-lain tugas atau menerima lain-lain tanggungjawab bagi kepentingan Bahagian Latihan dari masa ke semasa.
2. Menyertai aktiviti pentadbiran dan kebajikan / rekreasi dalam Bahagian Perkhidmatan Latihan.
3. Mengendali kelas dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengannya dan mengemaskini bahan latihan dan peralatan makmal.Bekerjasama dengan bahagian Latihan dalam penyediaan jadual-jadual kelas.
4. Mengguna dan menyelenggara peralatan di makmal untuk subjek yang berkenaan.Memberi khidmat nasihat berkenaan subjek dan menyemak nota-nota kuliah.
5. Bekerjasama dengan kakitangan yang diberi kuasa dalam Bahagian Urusan Latihan dalam penyediaan dan pembuatan alat bantuan pembelajaran.Merancang, merangka dan membangun kurikulum dan bahan latihan kursus subjek umum.
6. Bertanggungjawab secara terus tentang mutu dan keberkesanan kursus / latihan subjek umum yang dijalankan.Bertanggungjawab dalam penyediaan dan menjalankan program latihan bagi subjek umum mengikut keperluan yang diarahkan oleh Pengarah.
7. Bertanggungjawab kepada Pengarah di Institusi Jabatan Tenaga Manusia dalam menyelaraskan kegiatannya pada peringkat kebangsaan di institusi sebagaimana yang ditentukan.

 

PENGIKTIRAFAN


























HUBUNGI KAMI

     Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu

     Kawasan Perindustrian Gong Badak

     21300 Kuala Terengganu, Terengganu

      09-6652100  09-6660806

      kamaludin@mohr.gov.my

      Peta Lokasi  GPS : 5°23'44.8"N 103°04'30.7"E