Alumni Cetak E-mail

PENGENALAN

Alumni ILP Kuala Terengganu telah ditubuhkan pada 8 Julai 2008 dan telah dilancarkan secara rasminya oleh Y.B. Dato Seri Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman Menteri Besar Terengganu (sebelum ini memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Sumber Manusia Negeri Terengganu) pada 29 Julai 2008 dengan penyertaan awal ahli seramai 69 orang.

Persatuan bekas pelajar ini diilhamkan oleh bekas Tuan Pengarah ILP Kuala Terengganu Encik Abdul Halim bin Abd. Rahman A.M.P dan beliau telah dilantik sebagai Penaung. Melalui beberapa mesyuarat yang telah dijalankan, Jawatankuasa ini telah dapat menghasilkan satu deraf perlembagaan persatuan dan nama persatuan telah dipersetujui sebagai ‘Persatuan Bekas Pelajar ILP Kuala Terengganu, Terengganu (Ex-ILP Kuala Terengganu).

Tujuan utama penubuhan Alumni adalah sebagai keperluan untuk mewujudkan satu badan perhubungan bagi membolehkan bekas-bekas pelajar ILP Kuala Terengganu bertemu semula seterusnya menggerakkan aktiviti untuk kepentingan bekas-bekas pelajar dan pelajar-pelajar ILP Kuala Terengganu sendiri.

LOGO ALUMNI





OBJEKTIF, TUJUAN DAN MATLAMAT PENUBUHAN

 

separator

Log Masuk

Kemaskini Terakhir : Selasa 11 Februari 2020, 02.45 PM

Hubungi Kami

Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu
Kawasan Perindustrian Gong Badak
21300 Kuala Terengganu, Terengganu
09-6652100   09-6660806
p.ilpkt@mohr.gov.my