UTAMA MENGENAI KAMI
Mengenai Kami
PERUTUSAN PENGARAH PDF Cetak E-mail



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan mengalu-alukan kedatangan anda sekelian ke Portal rasmi Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu (ILP KT)

Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Koridor Raya Multimedia bagi memperolehi faedah yang banyak daripada perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Alaf baru ini memperlihatkan negara-negara di dunia menjadi tanpa sempadan dan proses globalisasi turut mendorong kepada penyebaran maklumat berlandaskan ketelusan dan pengeluaran data yang bertepatan masa.

Laman web Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu telah diwujudkan bagi menyediakan maklumat kursus-kursus dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta maklumat lain yang berkaitan dengan institut ini. Maklumat-maklumat yang diberi juga sentiasa dikemaskini secara berterusan sepanjang masa apabila maklumat baru diperolehi.

Dengan adanya laman web ini, ia dijadikan wadah komunikasi kepada pengunjung dengan maklumat terkini di dalam perkara- perkara yang berhubung kait dengan Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu di samping memperolehi maklumbalas segera daripada pelanggan melalui Internet.

Saya mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan yang bernas daripada pengunjung laman web ini untuk membolehkan ILP Kuala Terengganu menjadi sebuah institut latihan kemahiran yang sentiasa unggul dan berdaya saing di masa yang akan datang.


Sekian, terima kasih.


Encik Kamaludin Bin Tomiran
Pengarah ILP Kuala Terengganu


 
WARGA ILPKT PDF

Outlook Web App (OWA)

Big Mail Transfer (BMT)

Training Management System (TMS)

MySPATA

Tempahan Fasiliti (MyTC)

Penyata Gaji

HRMIS

eSKKM

eProfiling

ePerolehan

ECOS

Muat Turun

 
Piagam Pelanggan PDF Cetak E-mail

 
VISI, MISI & OBJEKTIF PDF Cetak E-mail

VISI
Menjadi Organisasi peneraju dalam membangunkan tenaga kerja yang berdaya saing.


MISI
Mengeluarkan tenaga kerja yang berdaya saing.


OBJEKTIF

1. Untuk melahirkan tenaga kerja mahir bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara.
2. Untuk meningkatkan kemahiran pekerja-pekerja industri bagi membolehkan mereka memberikan sumbangan dengan berkesan ke arah pembangunan negara.
3. Untuk memudahkan para lepasan sekolah mendapatkan pekerjaan dengan melengkapkan mereka dengan latihan kemahiran perindustrian yang sistematik

 
LATAR BELAKANG PDF Cetak E-mail


Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu, Terengganu (ILPKT) merupakan salah satu daripada 32 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) yang dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. ILJTM ditubuhkan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan separuh mahir dengan menyediakan latihan vokasional di dalam bidang-bidang yang teknologi terkini dan sejajar dengan keperluan perkembangan teknologi industri di Malaysia.


ILPKT merupakan sebuah pusat latihan yang berteraskan kemahiran kecemerlangan dan terulung di negeri Terengganu Darul Iman khasnya dan di Pantai Timur amnya. Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu mula dibina pada bulan Februari, 1982 di kawasan seluas 13.49 Hektar dalam Kawasan Perindustrian Gong Badak iaitu kira- kira 20 KM dari bandar Kuala Terengganu. ILP ini siap dibina mengikut jadual pada bulan Februari, 1984 dan memulakan operasinya pada bulan Julai 1984 dalam enam (6) bidang teknikal.

 
<< Mula < Sblm 1 2 Seterusnya > Tamat >>

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL

PENGIKTIRAFAN


























HUBUNGI KAMI

     Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu

     Kawasan Perindustrian Gong Badak

     21300 Kuala Terengganu, Terengganu

      09-6652100  09-6660806

      kamaludin@mohr.gov.my

      Peta Lokasi  GPS : 5°23'44.8"N 103°04'30.7"E