UTAMA MENGENAI KAMI Perutusan Pengarah
PERUTUSAN PENGARAH PDF Cetak E-mail



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan mengalu-alukan kedatangan anda sekelian ke Portal rasmi Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu (ILP KT)

Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Koridor Raya Multimedia bagi memperolehi faedah yang banyak daripada perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Alaf baru ini memperlihatkan negara-negara di dunia menjadi tanpa sempadan dan proses globalisasi turut mendorong kepada penyebaran maklumat berlandaskan ketelusan dan pengeluaran data yang bertepatan masa.

Laman web Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu telah diwujudkan bagi menyediakan maklumat kursus-kursus dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta maklumat lain yang berkaitan dengan institut ini. Maklumat-maklumat yang diberi juga sentiasa dikemaskini secara berterusan sepanjang masa apabila maklumat baru diperolehi.

Dengan adanya laman web ini, ia dijadikan wadah komunikasi kepada pengunjung dengan maklumat terkini di dalam perkara- perkara yang berhubung kait dengan Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu di samping memperolehi maklumbalas segera daripada pelanggan melalui Internet.

Saya mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan yang bernas daripada pengunjung laman web ini untuk membolehkan ILP Kuala Terengganu menjadi sebuah institut latihan kemahiran yang sentiasa unggul dan berdaya saing di masa yang akan datang.


Sekian, terima kasih.


Encik Kamaludin Bin Tomiran
Pengarah ILP Kuala Terengganu


 

PENGIKTIRAFAN


























HUBUNGI KAMI

     Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu

     Kawasan Perindustrian Gong Badak

     21300 Kuala Terengganu, Terengganu

      09-6652100  09-6660806

      kamaludin@mohr.gov.my

      Peta Lokasi  GPS : 5°23'44.8"N 103°04'30.7"E