Latihan Industri (LI) Cetak E-mail

Latihan Industri (LI) merupakan kursus yang memberi peluang kepada pelajar ILP untuk mendapatkan pendedahan kerjaya bagi satu tempoh yang ditetapkan. Semasa LI, pelajar akan ditempatkan di organisasi swasta / awam yang bersesuaian dengan bidang kemahiran yang dipelajari di institut. Menerusi LI, pelajar berpeluang untuk menimba pengalaman bekerja serta mendapat latihan di organisasi dalam suasana kerja sebenar. LI juga dapat meningkatkan potensi dan membentuk sahsiah pelajar yang memenuhi keperluan pasaran kerja.Secara khususnya LI memberI peluang kepada pelajar untuk mempraktik dan mengaplikasikan teori yang mereka pelajari semasa di insititut kepada situasi sebenar di alam pekerjaan.

Tujuan LI adalah untuk:

1.Melahirkan pelajar yang mempunyai pendedahan pengalaman kerja dalam suasana kerjasebenar.

2.Memantapkan kemahiran insaniah pelajar yang dapat membantu meningkatkan potensi lakukerja mereka.

3.Membentuk sahsiah pelajar yang memenuhi keperluan pasaran kerja.


OBJEKTIF Setelah menjalani LI, pelajar-pelajar akan dapat:

1.Menimba pengalaman dan kemahiran asas pekerjaan yang berkaitan dengan kursus masing-masing.

2.Mengaplikasi teori yang dipelajari di bengkel kepada realiti alam pekerjaan.

3.Menjalin dan mengekalkan hubungan institut dengan syarikat swasta/awam.

4.Menunjukan kebolehan dalam alam pekerjaan dan seterusnya meningkatkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan apabila tamat latihan.


PROSEDUR LATIHAN INDUSTRI

1.Latihan Industri adalah wajib bagi semua kursus di ILPKT.

2.Jam Kredit bagi Latihan Industri adalah sebanyak 1 jam.

3.Tempoh Latihan Industri adalah selama 3 bulan bagi semua kursus kecuali bagi Juruelektrik selama 6 bulan bagi memenuhi syarat Suruhanjaya Tenaga.

4.Penempatan Latihan Industri dibuat atas pilihan pelajar sendiri.

5.Pelajar perlu menghadiri Latihan Industri sepenuhnya tertakluk kepada peraturan-peraturan di syarikat swasta/awam yang terlibat.

6.Sebarang ketidakhadiran perlu mendapat kelulusan daripada pihak syarikat swasta/awam atau Urusetia LI.

7.Penyelia Latihan Industri akan membuat lawatan penyeliaan sekurang-kurangnya sekali sepanjang tempoh Latihan Industri.

8.Penilaian Latihan Industri adalah berdasarkan laporan penyelia, laporan majikan dan buku log dan lain-lain aspek penilaian yang telah ditetapkan oleh pihak institut.

 

separator

Log Masuk

Kemaskini Terakhir : Selasa 11 Februari 2020, 02.45 PM

Hubungi Kami

Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu
Kawasan Perindustrian Gong Badak
21300 Kuala Terengganu, Terengganu
09-6652100   09-6660806
p.ilpkt@mohr.gov.my