Teknologi Elektrik Cetak E-mail

PROGRAM: Sijil Teknologi Elektrik 3 Fasa (SKM Tahap 3)
KOD: B19
TEMPOH LATIHAN: 24 Bulan

 

KETERANGAN KURSUS
Kursus ini menawarkan latihan teori dan amali yang menumpukan pembentukan kemahiran membuat dan merekabentuk serta anggaran kerja-kerja elektrik, menggunakan peralatan-peralatan ujian dan perlindungan pepasangan, peralatan industri, kendalian mesin dan sistem agihan bekalan. Di samping itu juga membuat pemasangan, pemeriksaan dan penyelenggaraan sistem pneumatik/elektro-pneumatik dan sebagainya.

 

KELAYAKAN AKADEMIK
Lulus SPM atau setaraf dengan lulus subjek berikut:

1. Bahasa Melayu;
2. Sejarah (Lepasan SPM 2013 dan ke atas sahaja);
3. Matematik / Matematik Tambahan;
4. Sains / Sains Tambahan / Gunaan / Fizik / Kimia atau Subjek Teknikal berikut:

  • Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Pendawaian Domestik, Menservis Peralatan Elektronik Domestik, Prinsip Elektrik & Elektronik, Aplikasi Elektrik & Elektronik, Teknologi Elektrik, Pemasangan Kawalan Elektrik, Lukisan Geometri & Elektrik.

 

PELUANG PEKERJAAN
Pelajar-pelajar yang terlatih di dalam bidang Teknologi Elektrik mempunyai peluang berkhidmat di semua industri yang mempunyai sistem bekalan 2 Fasa dan penyegerakkan Penjana Tunggu Sedia. Pelajar juga boleh menyambung pengajian ke tahap Diploma Teknologi Elektrik (Kuasa) di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia yang ditawarkan.

 

separator

Log Masuk

Kemaskini Terakhir : Selasa 11 Februari 2020, 02.45 PM

Hubungi Kami

Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu
Kawasan Perindustrian Gong Badak
21300 Kuala Terengganu, Terengganu
09-6652100   09-6660806
p.ilpkt@mohr.gov.my