Penjaga Jentera Elekrik Voltan Rendah | Cetak |  E-mail

PROGRAM : DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK (KUASA)

(EE-320-4:2012 Pemasangan & Penyelenggraan Elektrik Voltan Rendah) - DKM TAHAP 4

KOD : L01 (Kursus Sepenuh Masa)

TEMPOH

24 Bulan

KELAYAKAN

1)    Berumur 17 hingga 35 tahun

2)    Lulus SPM Atau Setaraf Dengan Lulus Subjek Berikut :

2.1       Bahasa Melayu

2.2       Sejarah (Lepasan SPM 2013 Keatas Sahaja)

3)    Mempunyai SKM Tahap 3 dalam salah satu bidang:

3.1   C-051-3/C-050-3 : Juruelektrik Elektrik Kanan Atau

3.2   EE-320-3:2012: Three Phase Electrical Installation & Maintenance

3)    Memiliki Perakuan Kekompetenan Pendawai (PW1/PW2/PW3/PW4/PW5/PW6) daripada Suruhanjaya Tenaga (ST)

4)    Lulus dalam temuduga yang dijalankan

5)    Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/ bisu/cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran

 

KETERANGAN KURSUS

Kursus ini bertujuan memberi latihan dalam bidang teknologi elektrik dengan memberi penekanan kepada aspek teori dan amali dalam mereka bentuk dan membuat anggaran kos bagi kerja‐kerja elektrik, menggunakan peralatan ujian dan perlindungan pemasangan, peralatan industri, kendalian mesin dan sistem agihan bekalan, membuat pemasangan dan pemeriksaan bekalan elektrik, menyelenggara sistem pneumatik, hidraulik dan automasi, bekalan kecemasan, pengulang‐alik, kotak kawalan janakuasa dan kemahiran penyeliaan kerja‐kerja berkaitan elektrik.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PROGRAM: Sijil Penjaga Jentera Elektrik (AO & A4)
KOD: Kursus Separuh Masa
TEMPOH LATIHAN: Hujung Minggu

 

KETERANGAN KURSUS
Pelajar akan menjalankan kerja-kerja pemasangan loji dan mesin, menyelenggara dan merawat, mambaik pulih beberapa jenis alat dan jentera elektrik, dan mampu megendalikan radas hidup. Pelajar juga akan diajar ciri - ciri keselamatan pengguna dengan memastikan pemasangan elektrik terselamat dari risiko kebakaran, kejutan elektrik dan mampu memberi pertolongan cemas diperingkat awal.

 

YURAN PENGAJIAN
RM 2,000

KELAYAKAN AKADEMIK

  1. Umur 20 tahun dan memiliki SPM dengan lulus Bahasa Melayu.
  2. Memiliki Perakuan Kekompetenan Pendawaian Fasa Tunggal (PW2) atau Fasa Tiga (PW4) atau Fasa Enam (PW6) daripada Suruhanjaya Tenaga.
  3. Sekurang-kurangnya mempunyai 2 tahun pengalaman bekerja atau Perakuan Kekompetenan Pendawaian Tiada Had dan sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam mengawal kelengkapan hidup.
  4. Mempunyai Buku Log yang lengkap berkaitan kerja-kerja pengendalian kelengkapan elektrik dan mengawal kelengkapan hidup
  5. Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan

 

PELUANG KERJAYA
Pelajar berpeluang menceburi bidang Penjaga Jentera Elektrik di sektor pengilangan, bangunan-bangunan dan sektor-sektor yang berkaitan.

Maklumat Lanjut Sila Hubungi

1. Bahagian Komuniti dan Khidmat Sokongan Pekerjaan (CESS).  No. Tel: 09-6652109/122/123  atau;

2. Bahagian Penjaga Jentera Elektrik (PJE).  No. Tel: 09-6652136/146

 

Log Masuk

Kemaskini Terakhir : Isnin  13 Julai 2020, 10.43 PM

Hubungi Kami

Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu
Kawasan Perindustrian Gong Badak
21300 Kuala Terengganu, Terengganu
09-6652100   09-6660806
p.ilpkt@mohr.gov.my