UTAMA Kerjaya dan Kaunseling
Kerjaya & Kaunseling PDF Cetak E-mail

KERJAYA
Unit kerjaya merupakan unit yang dipertanggungjawabkan untuk mengumpul data-data pekerjaan/kerjaya pelajar-pelajar serta memberi perkhidmatan mencari pekerjaan yang sesuai dengan bidang kemahiran pelajar sebelum menamatkan pengajian.


OBJEKTIF KERJAYA

  • Memastikan pelajar-pelajar akan mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian.
  • Memastikan data-data / statistik pekerjaan pelajar yang telah menamatkan latihan sentiasa dikemaskini.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

  • Menyedia dan menguruskan akaun kerjaya pelajar.
  • Mengurus seminar/ceramah/bengkel resume dan kerjaya kepada pelajar.
  • Mengurus pendaftaran pekerjaan pelajar dengan JTK.
  • Menyediakan khidmat panggilan temuduga kepada pelajar.
  • Menyedia, mengurus data pelajar untuk kegunaan syarikat/industri.


APA ITU KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING?

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ialah proses membantu anda memahami diri dan dunia sekeliling supaya anda mampu menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang dianugerahkan dengan sebaiknya.


MATLAMAT PERKHIDMATAN

Berusaha bersama anda bagi membantu anda agar anda lebih mengenali diri dan mampu berfungsi dengan lebih produktif, efektif dan berkemampuan untuk mengendalikan kehidupan dengan lebih baik.


SIAPA KAUNSELOR ANDA?

Kaunselor anda adalah Kaunselor Terlatih yang bersedia mendengar dan menerima anda tanpa syarat, sentiasa bersifat terbuka dan menghormati hak anda serta sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik dan profesiaonal.

Apa sahaja perbincangan dengan kaunselor anda akan diRAHSIAkan. Anda sentiasa menjadi keutamaan.

Perkhidmatan ini terbuka kepada warga pelajar & kakitangan ILPKT bagi membantu anda dalam

AKADEMIK ~ meliputi aspek yang berkaitan dengan pelajaran

PERIBADI ~ menyentuh aspek diri secara keseluruhan

KERJAYA ~ bimbingan untuk mengenalpasti kecenderungan minat & seterusnya proses membuat pemilihan kerjaya

SOSIAL ~ menyentuh aspek seperti pergaulan dan perhubungan dalam kehidupan


PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

· Kaunseling Individu

· Kaunseling Kelompok

· Kaunseling Kerjaya

· Bimbingan Kelompok

· Bimbingan Kerjaya

· Ujian Psikologi

· PRS

· Pementoran


MASA PERKHIDMATAN

Ahad – Rabu

8.30 pagi hingga 1.00 tengahari

2.00 petang hingga 5.30 petang

Khamis

8.30 pagi hingga 1.00 tengahari

2.00 petang hingga 4.00 petang


PROSEDUR PERKHIDMATAN

Anda boleh membuat temujanji  atau datang sendiri ke Bahagian Pengurusan Psikologi untuk bertemu dengan kaunselor / pegawai psikologi ILPKT.

Datanglah ke Bahagian Pengurusan Psikologi untuk berbincang dengan kaunselor anda. Kaunselor anda sentiasa menerima anda tanpa syarat dan akan membantu anda dengan jujur.

Segala perbincangan adalah dilindungi di bawah Etika Kerahsiaan.

 

PENGIKTIRAFAN


























HUBUNGI KAMI

     Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu

     Kawasan Perindustrian Gong Badak

     21300 Kuala Terengganu, Terengganu

      09-6652100  09-6660806

      kamaludin@mohr.gov.my

      Peta Lokasi  GPS : 5°23'44.8"N 103°04'30.7"E