UTAMA SIVIL DAN STRUKTUR TEKNOLOGI BINAAN (SIVIL DAN STRUKTUR)
TEKNOLOGI BINAAN (SIVIL DAN STRUKTUR) PDF Cetak E-mail

KOD : C06

PERSIJILAN :    SKM 3 - Sijil Teknologi Binaan (Sivil dan Struktur)

TEMPOH LATIHAN: 24 Bulan


KELAYAKAN

1.    Berumur 17 hingga 35 tahun

2.    Lulus SPM Atau Setaraf Dengan Lulus Subjek Berikut :

i.   Bahasa Melayu
ii.   Matematik/ Matematik Tambahan
iii.  Sejarah (Lepasan SPM 2013 Keatas Sahaja)
iv. Satu (1) subjek lain selain (i dan ii)

3.   Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/ bisu/cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran


KETERANGAN KURSUS
Dalam kursus ini, pelajar akan dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali dalam bidang sivil dan stuktur. Pelajar juga dipersiapkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pengurusan, penyeliaan dan kepimpinan. Membuat perancangan serta menghasilkan program kerja sivil dan struktur termasuk kerja-kerja penyeliaan tapak. Pelajar diajar untuk menjalankan kerja-kerja kawalan kualiti meliputi ujian makmal dan ujian di tapak, menyelia kerja-kerja penyelenggaraan binaan struktur dan infrastruktur dan melaksanakan latihan dalam pembinaan substruktur dan superstruktur,kerja-kerja pembinaan infrastruktur meliputi jalan raya, saliran, sistem bekalan air, dan sistem kumbahan dengan mengaplikasikan teknologi semasa dalam binaan.


PELUANG KERJAYA
Bekerja di sektor pembinaan sebagai Juruteknik Binaan, Pembantu teknik, Penolong jurutera, penyelia tapak binaan, penolong juruukur bahan dan lain-lain kerja berkaitan industrI binaan.

 

PENGIKTIRAFAN


























HUBUNGI KAMI

     Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu

     Kawasan Perindustrian Gong Badak

     21300 Kuala Terengganu, Terengganu

      09-6652100  09-6660806

      kamaludin@mohr.gov.my

      Peta Lokasi  GPS : 5°23'44.8"N 103°04'30.7"E