UTAMA MENGENAI KAMI LATAR BELAKANG
LATAR BELAKANG PDF Cetak E-mail

Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu, Terengganu (ILPKT) merupakan salah satu daripada 32 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) yang dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. ILJTM ditubuhkan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan separuh mahir dengan menyediakan latihan vokasional di dalam bidang-bidang yang teknologi terkini dan sejajar dengan keperluan perkembangan teknologi industri di Malaysia.

ILPKT merupakan sebuah pusat latihan yang berteraskan kemahiran kecemerlangan dan terulung di negeri Terengganu Darul Iman khasnya dan di Pantai Timur amnya. Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu mula dibina pada bulan Februari, 1982 di kawasan seluas 13.49 Hektar dalam Kawasan Perindustrian Gong Badak iaitu kira- kira 20 KM dari bandar Kuala Terengganu. ILP ini siap dibina mengikut jadual pada bulan Februari, 1984 dan memulakan operasinya pada bulan Julai 1984 dalam enam (6) bidang teknikal.

 

LOG MASUK

KAJI SELIDIK

Adakah Program tawaran di ILPKT menjamin pekerjaan?
Ya, menjamin masa depan
Tidak, peluang pekerjaan berkurangan

HUBUNGI KAMI

     Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu

     Kawasan Perindustrian Gong Badak

     21300 Kuala Terengganu, Terengganu

      09-6652100  09-6660806

      kamaludin@mohr.gov.my

      Peta Lokasi  GPS : 5°23'44.8"N 103°04'30.7"E