UTAMA BERITA ILPKT PROGRAM SUKARELAWAN PRIHATIN BANJIR AMAL BANK ISLAM DAN JABATAN TENAGA MANUSIA KE BENTONG, PAHANG
PROGRAM SUKARELAWAN PRIHATIN BANJIR AMAL BANK ISLAM DAN JABATAN TENAGA MANUSIA KE BENTONG, PAHANG PDF Cetak E-mail

HOT ILP Kuala Terengganu telah menghantar sukarelawan yang terdiri daripada 4 orang pengajar dan 20 orang pelajar Bahagian Teknologi Elektrik (Kuasa) dan Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara ke Program Sukarelawan Prihatin Banjir Amal Bank Islam dan Jabatan Tenaga Manusia yang bertempat di Bentong, Pahang. Program yang turut disertai oleh ILJTM Pantai Timur iaitu ADTEC Kemaman dan ADTEC Jerantut ini telah menyasarkan komuniti Taman Seroja, Bentong yang telah terjejas dalam bencana banjir bagi membantu komuniti tersebut terutama dalam pemeriksaan dan pembaikan pendawaian elektrik serta peralatan elektrik dan elektronik.


Semoga usaha kecil yang dilaksanakan ini dapat membantu komuniti Taman Seroja, Bentong menjalani kehidupan pasca banjir dengan lebih baik. Ingin membantu komuniti seperti pelajar-pelajar kami? Jom sertai kami Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu dengan memohon bagi pengambilan Mac 2022 melalui pautan https://tinyurl.com/ILPKTKEMASUKAN2022
























































KLIK UNTUK KE BERITA ARKIB

 

LOG MASUK

KAJI SELIDIK

Adakah Program tawaran di ILPKT menjamin pekerjaan?
Ya, menjamin masa depan
Tidak, peluang pekerjaan berkurangan

HUBUNGI KAMI

     Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu

     Kawasan Perindustrian Gong Badak

     21300 Kuala Terengganu, Terengganu

      09-6652100  09-6660806

      kamaludin@mohr.gov.my

      Peta Lokasi  GPS : 5°23'44.8"N 103°04'30.7"E